4 Cara Menjaga Alam Sekitar

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
90

4 Cara Menjaga Alam Sekitar ini akan menyedarkan anda bahawa penjagaan alam sekitar sebenarnya tidak susah dan ianya amat mudah sekali.

Ramai diantara kita yang kurang menitik beratkan tentang perkara ini. Tahukah anda bahawa jika kita berbakti kepada alam maka alam akan membalas kepada kita.

Sejak di bangku sekolah lagi pihak kerajaan sudah mula menanam perkara ini di dalam minda kita. Cuma kerana kurang kesedaran tentang betapa pentingnya perkara ini, kita buat acuh tidak acuh sahaja berkenaan hal ini.

Menanam Pokok

Cuba tanya diri kita sendiri, jikalau diberi pilihan diantara tempat yang tiada pokok dengan tempat yang ada pokok yang mana satu kita akan pilih. Pasti lebih 90% akan memilih tempat yang terdapat banyak pokok.

Tempat yang mempunyai banyak pokok akan melahirkan rasa tenang di dalam diri kita. Ianya lebih harmoni dan nyaman. Penanaman pokok dapat menaikkan paras oksigen di tempat tersebut.

Penanaman pokok akan mengkayakan lagi negara kita yang sudah kaya dengan flora dan fauna ini. Banyak kawasan bandar pada hari ini yang terlihat tidak banyak pokok di sekelilingnya. Kerajaan juga sedang berusaha untuk memperbanyakkan pokok-pokok di bandar-bandar ini.

Sebagai rakyat biasa kita boleh mulakan dengan penanaman pokok di kawasan rumah kita sendiri.

Menggunakan Air Secara Berhemah

Penggunaan air sebenarnya komponen yang amat penting di dalam usaha menjaga alam sekitar. Perkara ini perlu dimulai oleh setiap individu.

Anda boleh menjimatkan penggunaan air ketika mandi dengan cara menghadkan masa mandi anda pada setiap hari. Penghadkan masa boleh dibuat secara perlahan-lahan dari masa ke semasa.

alam sekitar

Mulai sekarang anda juga boleh mula untuk menadah air hujan untuk kegunaan harian. Air tadahan hujan boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga di rumah. Air tadahan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kereta anda.

Banyak kos yang boleh anda jimatkan dengan mangamalkan amalan ini. Penjimatan air bersih ini juga akan memastikan generasi yang akan datang mendapat bekalan air bersih untuk digunakan.

Mengamalkan Kitar Semula

Selain penggunaan air yang berhemah anda juga boleh mengamalkan amalan kitar semula untuk menjaga alam sekitar.

Jika terdapat kain atau baju lama yang tidak digunakan, anda tidak perlu untuk terus buang. Anda boleh berikan kepada orang lain gunakan kembali untuk kegunaan lain. Seperti anda boleh menjadikan kain-kain ini sebagai kain perca yang boleh digunakan untuk mengelap.

Tayar-tayar lama anda boleh digunakan sebagai bekas pasu untuk diletakkan di halaman rumah anda. Bekas-bekas tayar ini juga boleh diolah untuk kelihatan lebih menarik.

Bekas-bekas plastik dan kaca yang tidak digunakan lagi boleh diletakkan di tong kitar semula untuk mengelakkan pencemaran.

Menyertai Aktiviti Sukarelawan

Ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya mengetahui tentang cara untuk menjaga alam sekitar. Namun disebabkan tiada kesedaran aktiviti ini kurang berjaya.

Kita boleh sebarkan kesedaran bahawa perkara ini amat penting dengan menyertai aktiviti sukarelawan. Jika aktiviti sukarelawan ini disertai oleh ramai orang maka peratus untuk lebih ramai orang peka terhadap isu penjagaan alam sekitar akan lebih tinggi.

alam sekitar

Apabila anda menyertai aktiviti seumpama ini, anda boleh membuat post di sosial media anda. Perkara ini juga akan menyedarkan lebih ramai pihak.

Admin mengajak kita semua untuk terus menjaga alam sekitar kita. Perkara ini ialah untuk masa depan bumi kita ini. Jikalau suatu hari nanti pencemaran di dunia ini tidak dapat dibendung, planet manakah yang akan menjadi tempat tinggal kita kelak.

Baca juga:

2 thoughts on “4 Cara Menjaga Alam Sekitar”

  1. Pingback: 4 Ciri Rumah Orang Islam - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 4 Ciri Anak Derhaka - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: