4 Cara Menjadi Anak Yang Baik Untuk Ibu Bapa

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88

4 Cara Menjadi Anak Yang Baik Untuk Ibu Bapa ini akan berkongsi dengan anda semua tentang beberapa cara yang boleh kita amalkan sebagai seorang anak yang ingin menjadi anak yang lebih baik.

Sebagai seorang anak, sudah pasti banyak kesilapan dan juga kesalahan yang kita lakukan kepada kedua-dua ibu bapa kita.

Cara Menjadi Anak Yang Baik

Terkadang sebagai anak kita tidak tahu bagaimana untuk menjadi anak yang baik, jadi sebab itulah perkongsian pada kali ini amat penting, terutamanya untuk kita semua sebagai anak.

Cara menjadi anak yang baik ini akan berkongsi 4 cara yang boleh kita lakukan kepada ibu bapa kita untuk menjadi anak yang lebih baik untuk mereka.

Menjaga Lidah Adalah Cara Menjadi Anak Yang Baik

Kita tahu lidah manusia lebih tajam daripada mata pedang.

Kata-kata yang kita keluarkan kepada seseorang itu boleh menjadi racun atau penawar untuk hati mereka.

Sebagai seorang anak, antara perkara pertama yang kita perlu jaga adalah cara percakapan dan perkataan yang kita gunakan kepada ibu bapa kita.

Islam juga mengajar kita untuk bercakap dengan intonasi yang lembut kepada mereka apabila berbicara.

cara menjadi anak yang baik

Perkataan seperti ‘ah’ juga dilarang untuk kita gunakan kepada mereka.

Kata-kata yang akan mengguris hati mereka sepatutnya kita elakkan supaya mereka tidak terasa hati dengan kita.

Sentiasa bersabar dalam berbicara kepada mereka adalah kunci untuk kita mengawal lidah.

Inilah cara menjadi anak yang baik untuk anda semua.

Patuhi Mereka Juga Cara Menjadi Anak Yang Baik

Sebagai seorang anak, kita wajib untuk patuhi ibu bapa kita dalam semua perkara.

Tetapi agama telah meletakkan garis panduan, bahawa kita hanya taat kepada perkara-perkara yang ma’ruf sahaja dan tidak kepada perkara-perkara yang mungkar.

Kita juga boleh patuhi mereka dengan tidak mengeluh dan juga merungut.

cara menjadi anak yang baik

Kebanyakkan anak-anak zaman sekarang suka memberikan banyak alasan apabila diminta untuk membantu ibu bapa mereka.

Sedangkan perkara-perkara tersebut mudah untuk dilakukan dan merupakan cara menjadi anak yang baik.

Bantulah mereka semampu kita dan jika kita tidak mampu beritahulah mereka dengan baik.

Bahagiakan Mereka Adalah Cara Menjadi Anak Yang Baik

Ibu bapa apabila usia mereka meningkat tidak lain mereka inginkan kecuali kita menjadi penghibur buat mereka.

Lain ibu bapa, lain pula caranya untuk kita membuatkan mereka bahagia.

Tetapi apa yang penting adalah kita sentiasa balik atau sentiasa berada di samping mereka, kerana kehadiran kita sahaja sudah dapat menggembirakan hati mereka.

Kita perlu ingat bahawa setiap kali kita gembirakan hati mereka, setiap saat itu juga ganjaran pahala untuk kita.

cara menjadi anak yang baik

Dan setiap kali mereka gembira, pasti mulut mereka tidak akan berhenti untuk mendoakan kita sebagai anak mereka.

Inilah cara menjadi anak yang baik untuk ibu bapa kita.

Sentiasa Meminta Maaf Juga Cara Menjadi Anak Yang Baik

Sebagai anak kita memang banyak melakukan kesalahan kepada ibu bapa kita.

Tetapi cara inilah yang patut kita amalkan untuk sentiasa bersih dari dosa dengan kedua orang tua kita.

Jangan kita jadi berat mulut untuk memohon maaf dan jangan juga rasa bahawa kita tidak melakukan apa-apa kesalahan kepada mereka.

Buangkan perasaan ego untuk kita lakukan cara menjadi anak yang baik.

Dan ingatlah bahawa minta maaf bukan hanya pada hari raya, tetapi ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Kesimpulan Dalam Cara Menjadi Anak Yang Baik

cara menjadi anak yang baik

Walau apa pun yang kita dah lakukan, percayalah bahawa ibu bapa kita sentiasa merindui dan sayang kepada kita dengan sepenuh hati mereka.

Jangan kita jadikan perkara ini sebagai sesuatu yang remeh, kerana ibu bapa mempunyai keberkatan pada diri kita sebagai seorang anak.

Ketahuilah bahawa reda Allah kepada kita terletak pada reda ibu bapa kita terhadap kita.

Maka jangan kita sia-siakan peluang untuk kita langkah masuk ke dalam syurga Allah.

Jangan sesekali kita abaikan cara menjadi anak yang baik dalam hidup kita semua agar terus berada di bawah rahmat Allah SWT.

Baca juga:

1 thought on “4 Cara Menjadi Anak Yang Baik Untuk Ibu Bapa”

  1. Pingback: 4 Waktu Doa Yang Mustajab - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: