4 Cara Memupuk Semangat Patriotik

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

4 Cara Memupuk Semangat Patriotik ini akan memberikan panduan kepada ibu bapa khususnya. Panduan ini diberikan untuk ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Pada hari ini ramai ibu bapa yang berusaha untuk menyemai semangat cinta akan negara dalam diri anak mereka. Semangat cinta akan negara ini perlu ada dalam setiap diri warganegara.

Semangat patriotik ini sangat penting kerana ianya dapat menyatu padukan rakyat di sebuah negara. Semangat bersatu padu ini juga dapat mempertahankan kedaulatan negara apabila diserang.

Cara Memupuk Semangat Patriotik

Sebagai contoh, Russia yang sekarang ini dalam keadaan bersiap sedia untuk menyerang negara jirannya yang ingin membelot dan bekerjasama dengan NATO. Russia yang ingin berperang ini mempunyai semangat ingin mempertahankan negara mereka daripada dicerobohi oleh negara-negara Eropah yang lain.

Rakyat Ukraine pula dengan semangat patriotik dalam diri mereka akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan negara mereka. Walaupun negara mereka kecil jika hendak dibandingkan dengan Russia, mereka tetap ingin berjuang. Perjuangan mereka ini adalah untuk mengekalkan kedaulatan negara mereka.

Sumbangan Ilmu Guru Merupakan Cara Memupuk Semangat Patriotik

Sudah Pasti anak-anak kita pergi ke sekolah kan?

Sekolah ini adalah tempat untuk kita semua menimba ilmu pengetahuan dalam hidup kita. Semangat cinta akan negara tidak akan dapat tersemai dalam diri anak-anak jika mereka tidak belajar. Bila mereka tidak belajar, maka mereka tidak akan ada ilmu tentang semangat cinta akan negara.

Di sekolah, semangat cinta akan negara ini diajar melalui subjek sejarah. Subjek sejarah bukan sahaja mengajar anak-anak ini tentang bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja.

Tetapi subjek sejarah ini juga mengajar anak-anak kita tentang apa yang berlaku terhadap Tanah Melayu apabila masuknya penjajah luar ke dalam negara kita.

Anak-anak ini perlu diajarkan bagaimana negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Cara Memupuk Semangat Patriotik

Silibus sejarah kita juga perlu ada penambah baikkan. Penambah baikkan ini perlu dilakukan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Silibus sejarah kita perlu lebih luas topik perbincangannya.

Subjek sejarah ini juga menjadi subjek yang wajib lulus di peringkat SPM. Jika para pelajar tidak lulus subjek ini, maka mereka tidak akan mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia.

Memperkenalkan Tokoh-Tokoh Negara Untuk Cara Memupuk Semangat Patriotik

Memperkenalkan tokoh-tokoh negara ini sangat penting dalam cara memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak kita ini. Mereka seharusnya didedahkan berkenaan dengan individu-individu yang telah berjasa dengan negara Malaysia.

Para tokoh sejarah kian dilupakan jasa-jasa mereka pada hari ini. Jasa yang telah mereka curahkan tidak akan dapat kita semua balas. Dengan daya usaha yang mereka lakukan, kita dapat mengecapi kejayaan dan juga kesenangan pada hari ini.

Tokoh-tokoh negara boleh diperkenalkan dengan melalui filem ataupun dokumentari di televisyen.

Cara Memupuk Semangat Patriotik

Seperti contoh, filem yang bertajuk Tanda Putera merupakan satu filem yang menunjukkan kisah para tokoh negara kita. Filem ini juga menceritakan bagaimana keadaan negara kita sebelum dan juga selepas mencapai kemerdekaan daripada British.

Melawat Ke Tempat Bersejarah Adalah Cara Memupuk Semangat Patriotik

Cara mempuk semangat patriotik tidak perlu dengan cara yang bosan sahaja. Tetapi pada hari ini ianya sudah menjadi seronok seiring dengan peredaran zaman.

Pada hari ini, banyak tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah telah dijadikan sebagai tempat pelancongan. Tempat-tempat ini dijadikan sebagai tempat pelancongan untuk mengalakkan orang ramai datang berkunjung.

Kerajaan juga sentiasa memelihara tempat-tempat sejarah daripada rosak ditenggelam zaman. Anda boleh membawa anak-anak anda berjalan ke tempat-tempat yang penuh dengan sejarah sebagai destinasi untuk bercuti.

Cara Memupuk Semangat Patriotik

Tempat-tempat sejarah ini mempunyai cerita-cerita yang tersediri dan termasuk sebagai salah satu cara memupuk semangat patriotik.

Peranan Ibu Bapa Juga Adalah Cara Memupuk Semangat Patriotik

Ibu bapa merupakan contoh tauladan bagi anak-anak. Dalam menyemai semangat patriotik dalam hati anak-anak, peranan ibu bapa merupakan tonggak utama dan yang paling penting.

Bagaimana mungkin anak-anak mempunyai semangat patriotik jika ibu bapa sendiri tiada semangat cinta akan negara dalam diri mereka.

Ingat ibu bapa bapa sekalian, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: