4 Cara Membahagiakan Diri Sendiri

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
cara membahagiakan diri

4 Cara Membahagiakan Diri Sendiri ini akan berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh berasa gembira walaupun berseorangan. Anda perlu ingat, bahawa diri kita sendiri sahaja yang dapat menolong kita sewaktu kita sedang susah.

Dalam hidup, manusia hanya menginginkan rasa bahagia. Entah darimana kebahagian itu nantinya didapat. Bahagia menjadi faktor penting untuk menikmati kehidupan. Ketika perasaan happy, tentu segala hal akan lebih mudah dan nyaman.

Jika tidak mampu mendapatkan kebahagiaan dari orang lain, maka bahagiakanlah diri kita sendiri. Kerana bahagia paling besar kita, adalah mampu membahagiakan diri sendiri. Berikut cara efektif membahagiakan diri sendiri.

Membahagiakan Diri Sendiri Adalah Dengan Memahami Diri Kita Sendiri

Terkadang kita semua merasakan bahawa ‘jiwa’ kita sudah hilang. Akibat dari perasaan ini, maka akan lahirlah perasaan insecure dan juga perasaan yang menyalahkan diri sendiri. Kita akan berjalan di muka bumi tanpa tujuan hidup yang sebenar dengan ‘jiwa’ yang kosong.

Untuk kita mengisi ‘jiwa’ yang kosong ini, kita sepatutnya memahami diri kita sendiri. Dengan memahami diri kita yang sebenarnya maka kita dapat membahagiakan diri sendiri.

cara membahagiakan diri

Ketika kita sudah mulai memahami diri sendiri dengan mengikuti kata hati nurani kita, kebahagian akan datang dengan sendirinya. Tidak ada yang salah dengan menuruti kata hati. Boleh jadi perasaan tersebut jauh lebih baik, daripada harus berpikir panjang.

Mendengarkan apa yang diri sendiri inginkan, tentu akan mendorong kita menjadi seseorang dengan peribadi yang lebih ikhlas. Semua langkah yang diambil terasa ringan tanpa penyesalan kerana semua yang kita lakukan hanya akan membahagiakan diri sendiri.

Jangan kita ragu dengan diri sendiri. Percayalah setiap orang memiliki kekuatannya masing-masing. Lantas, untuk apa menjadi jiwa yang kosong. Tidak ada gunanya.

Melakukan Perkara Yang Kita Suka Dapat Membahagiakan Diri Sendiri

Sebagai manusia, kita perlu melakukan aktiviti harian. Tidak semestinya rutin harian kita pada setiap hari adalah sama. Tetapi ada juga sesetengah dari kita yang melakukan rutin yang sama pada setiap hari. Adakalanya kita akan bahagia dan ada kalanya kita tidak bahagia melakukan rutin yang sama pada setiap hari.

Apabila tidak suka maka kita akan rasa lebih tertekan berbanding orang lain. Kita seharusnya mengenal pasti perkara-perkara yang dapat membahagiakan diri sendiri.

Jika bekerja dengan kerja yang kita kurang minat, maka hasil dari kerja kita tidak akan mencapai kesempurnaan yang maksimum. Berbanding dengan orang lain yang memang minat dalam pekerjaan mereka, maka hasil kerja mereka akan mencapai tahap yang paling optimum.

cara membahagiakan diri

Hobi juga merupakan diantara perkara yang dapat membantu kita gembira dan bahagia. Kerana hobi adalah berdasarkan perkara yang kita suka lakukan. Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza-beza. Lakukan hobi yang kita suka, maka ‘mood’ kita akan lebih tenang.

Membahagiakan Diri Sendiri Dengan Berdamai Bersama Masa Lalu Kita

Setiap orang mempunyai masa lampau yang tersendiri. Kita hidup di dunia ini tidak semuanya indah, adakalanya kita akan melalui waktu-waktu yang sukar dan tidak membahagiakan diri sendiri. Begitu juga dengan memori kita tentang masa lalu kita.

Ramai diantara kita yang mempunyai pengalaman pahit pada masa lalu. Cara mereka menghilangkan memori ini ialah dengan menguburkan kenangan itu jauh di sudut hati kita mereka. Mereka akan menggunakan kata-kata bahawa masa akan menghapuskan kenangan pahit tersebut.

Ini adalah cara yang salah sama sekali. Hal ini kerana, jka kita terlalu menyimpan masa lalu, maka ianya boleh menjadi bom waktu yang bakal meledak. Perasaan marah, takut, cemas, dan kecewa merupakan pertanda bahwa belum ada masalah yang diselesaikan dengan baik.

cara membahagiakan diri

Rasa Syukur Dapat Membahagiakan Diri Sendiri

Sebagai orang Islam, perasaan sentiasa bersyukur perlu sentiasa tersemat di hati kita. Kerana apabila kita bersyukur maka nikmat yang Allah berikan akan ditambah sehingga kita tidak akan merasakan ada yang kurang dalam hidup ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa rasa syukur ini ialah kunci terpenting dalam membahagiakan diri sendiri. Dalam hidup ini, kita perlu pandang dengan apa yang kita ada. Jika kita sudah memandang kepada apa yang tiada, maka perasaan gelisah dan tidak tenang bakal menyelubung hati kita.

Sifat merasa cukup dengan apa yang kita ada telah diajarkan oleh Islam kepada umatnya. Sifat ini disebut sebagai Qanaah. Kita perlu sentiasa memandang ke bawah unyuk berpijak di bumi yang nyata.

Itulah di antara 4 cara untuk membahagiakan diri sendiri yang anda boleh amalkan dalam kehidupan seharian anda.

Baca juga:

1 thought on “4 Cara Membahagiakan Diri Sendiri”

  1. Pingback: 3 Cara Mengurus Masa Untuk Anda Semua - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: