4 Cara Memaafkan Orang Lain

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
81

Siapa sahaja yang tak pernah buat salah kan?

Tetapi terkadang kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati nurani kita.

Lagi-lagi kalau ianya daripada orang yang kita sayang dan juga rapat.

 Memaafkan Orang lain

Tetapi apakan daya, kita sebagai makhluk yang lemah tetap perlu memaafkan orang lain atas kesalahan yang mereka lakukan kepada kita.

Bermusuh-musuhan sangat dilarang dan juga ditegah dalam agama kita.

Apatah lagi jika kita orang islam.

Kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan kepada kita tidak semestinya mereka bermaksud untuk melakukannya.

Terkadang tidak terlintas di hati mereka untuk melakukan sesuatu yang akan mengguris perasaan kita semua.

Hari ini admin akan berkongsi dengan para pembaca semua, berkenaan dengan 4 cara memaafkan orang lain yang pernah membuat kita terguris hati.

Lapangkan Hati Akan Membantu Kita Memaafkan Orang Lain

Inilah perkara pertama yang perlu kita lakukan jika berlaku sesuatu terhadap kita.

Pada kebiasaanya kita akan terus ‘naik darah’ apabila berlaku sesuatu.

Macam barang yang dipinjamkan rosak ataupun kawan atau pasangan yang tidak menepati janji.

Jika kita tidak berlapang diri, maka perkara yang sebenarnya boleh diperbaiki akan menjadi lebih teruk hingga akan menyebabkan hal-hal negatif terjadi.

Berlapang hati juga mendidik kita untuk menjadi seorang manusia yang lebih penyabar dan lebih ‘cool down’ ketika menghadapi ujian dalam hidup ini.

Mulai hari ini, mari bersama-sama mendidik hati kita supaya sentiasa dalam keadaan berlapang dada untuk memaafkan orang lain.

Turunkan Ego Dapat Memaafkan Orang Lain

Tidak dinamakan sebagai manusia jika tidak mempunyai perasaan ego di dalam hati.

Perasaan ego yang tinggi hanya akan menyebabkan kita rugi pada masa-masa yang akan datang.

Mana tak nya, ego membuatkan manusia sombong hingga menghilangkan perasaan kemanusiaan di dlaam hati kita.

memaafkan orang lain

Ego merupakan penghalang terbesar untuk kita memaafkan orang lain.

Kita dapat lihat banyak berlaku permusuhan dan juga penceraian hanya disebabkan oleh perasaan ego sama sendiri.

Perasaan ego sepatutnya dapat dikawal oleh diri kita semua.

Jangan jadikan diri kita bermusuhan dengan orang lain disebabkan ego yang tinggi.

Mari rendahkan perasaan ego di dalam hati agar kita terus dapat berfikir secara waras dan juga matang.

Fahami Keadaan Yang Berlaku Dapat Membantu Memaafkan Orang Lain

Mungkin kita pernah rasa seperti dikhianati oleh orang lain.

Tetapi sebenarnya mereka melakukan perkara tersebut adalah untuk membantu kita.

Namun, disebabkan oleh perasaan amarah yang tinggi dalam diri ini menyebabkan kita tidak menganalisa keadaan tersebut dengan baik.

Terdapat orang-orang yang memerlukan masa untuk memahami keadaan yang berlaku.

Ada pula yang sejenis memang ‘cepat tangkap’ dengan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Percayalah apabila anda dapat memahami apa yang sebenarnya berlaku, anda akan lebih mudah untuk memaafkan orang lain.

Yang sebenarnya mereka sedang membantu anda walaupun anda melihat seperti mereka sedang berbuat jahat kepada anda.

Berkomunikasi Antara Cara Memaafkan Orang Lain

 Memaafkan Orang Lain

Banyak perselisihan berlaku kerana tiada komunikasi antara satu sama lain.

Sedangkan berkomunikasi sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia.

Berkomunikasi akan dapat membantu kita untuk menjelaskan perkara sebenar kepada seseorang.

Seperti contoh, jika pasangan kita sering melakukan sesuatu perkara yang tidak kita sukai maka kita boleh memberitahu mereka yang bahawa kita kurang selesa dengan perkara tersebut.

Jika anda tidak berkomunikasi kepada mereka maka mereka akan terus melakukan perkara tersebut dan yang akan terguris adalah diri sendiri.

Tetapi jika anda berkomunikasi dengan baik, dengan izin Allah mereka akan dapat memahami anda.

Berkomunikasilah dengan mereka yang mengguris hati anda agar anda dapat jalan penyelesaian dan dapat memaafkan orang lain.

Panjang lebar admin berkongsi dengan anda semua.

Diharapkan penulisan ini dapat membantu para pembaca semua menjadi manusia yang suka memaafkan orang lain.

Ingatlah bahawa memaafkan kesalahan orang lain bukanlah mudah.

Tetapi ianya akan dapat menjadikan kita sebagai manusia yang hebat di muka bumi ini.

Kerana tidak semua orang mampu melakukkannya.

Baca Juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: