4 Cara Marah Anak Yang Sesuai

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88

4 Cara Marah Anak Yang Sesuai ini akan berkongsi kepada ibu bapa di luar sana yang mungkin senang naik marah terhadap anak-anak mereka.

Menjadi ibu bapa bukan lah satu tugas yang mudah untuk kita semua hadapi pada setiap hari.

Terkadang memang ada hal-hal yang anak kita lakukan mungkin akan menyebabkan kita marah sangat, hingga kita tidak mampu untuk bertahan lagi.

cara marah anak yang sesuai

Ada sesetengah ibu bapa yang dapat mengawal marah mereka ketika anak-anak membuat masalah yang kecil.

Tapi mereka akan marah apabila anak-anak tersebut buat masalah yang besar.

Walaupun sebesar atau sekecil mana pun kesalahan yang dilakukan oleh anak kita, jangan sesekali kita sebagai ibu bapa melampui batas terhadap mereka.

Kepentingan Cara Marah Anak Yang Sesuai

Sifat marah ini sebenarnya merupakan sifat yang negatif.

Islam sendiri melarang untuk kita marah yang berlebih-lebihan dalam hidup ini.

Untuk anak-anak, kemarahan yang kita lepas kepada mereka boleh menjadi satu impak yang negatif dalam hidup mereka.

Kemarahan yang melampau akan mebuatkan seorang anak itu mula rasa bahawa diri mereka tidak dihargai lagi di mata kita.

cara marah anak yang sesuai

Mereka juga akan menjadi seorang yang kurang keyakinan diri hingga ada yang trauma dalam hidup mereka.

Maka, sebab itu lah sebagai ibu bapa sangat penting untuk kita memahami cara marah anak yang sesuai.

Cara Marah Anak Yang Sesuai Adalah Dengan Tidak Menjerit

Ramai kan yang bila marah mesti akan gunakan suara yang lantang kepada anak-anak.

cara marah anak yang sesuai

Sebenarnya apabila kita menjerit kepada anak-anak, ianya akan membuatkan emosi mereka terganggu dan terjejas.

Menjerit juga bukan sebagai satu solusi dengan masalah yang kita lakukan.

Cuba kalau ada orang yang menjerit dekat kita, pasti kita kan tersentak dengan tidakan tersebut.

Jadi mulai hari ini, jangan kita jerit kepada anak-anak kita kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.

Inilah cara marah anak yang sesuai yang pertama.

Jangan Gunakan Kata-Kata Negatif Adalah Cara Marah Anak Yang Sesuai

Marah macam mana pun kita dengan anak, jangan sesekali kita gunakan kata-kata kesat untuk dilemparkan kepada mereka.

Sudah cukup mereka menaggung beban dimarahi oleh kita, sekarang kita pula memarahi mereka dengan kata-kata yang negatif.

Sebagai ibu bapa, kata-kata yang keluar dari mulut kita ini merupakan doa untuk anak-anak kita.

cara marah anak yang sesuai

Kalau sering kita gunakan kata-kata yang tidak baik ini, adakah anak kita akan membesar sebagai orang yang baik?

Kata-kata yang tidak baik ini juga akan membuatkan mereka menajuhkan diri daripada kita.

Jaga setiap perkataan yang keluar dari mulut kita apabila sedang memarahi anak kita.

Lapangkan dada dalam cara marah anak yang sesuai.

Ingat Waktu Bahagia Bersama Juga Cara Marah Anak Yang Sesuai

Pasti kita mempunyai kenangan manis sewaktu bersama dengan anak-anak kita.

Kenangan manis yang ada ini juga penting untuk kita ingat, supaya kita tidak melampui batas kepada mereka.

Apabila mereka melakukan kesalahan, ingatlah kembali tentang memori indah yang ada di minda kita.

cara marah anak yang sesuai

Kita juga boleh gunakan kenangan-kenangan indah ini untuk ingatkan kepada mereka bahawa marah kita ini adalah tanda kita sayang kepada mereka.

Waktu bahagia bersama anak bagaikan air sejuk yang mampu memadamkan api dan juga kepanasan marah yang ada dalam diri kita sebagai ibu bapa.

Jangan lupa untuk amalkan cara marah anak yang sesuai ini dalam hidup kita ini.

Jadikan Marah Kita Sebagai Doa Juga Cara Marah Anak Yang Sesuai

Cara yang ini kalau kita sebagai ibu bapa dapat buat, memang sangat menguntungkan kita.

Cuba mulai sekarang apabila kita nak marah pada anak, kita tukar kepada doa untuk mereka pula.

cara marah anak yang sesuai

Doa yang baik dari kita sebagai ibu bapa, sangat digalakan dalam hidup kita ini.

Jadikan ibu kepada Imam Besar Masjidil Haram, iaitu ibu kepada Syeikh As Sudais sebagai contoh tauldan buat kita semua.

Ibu beliau pernah mendoakan anaknya itu untuk menjadi Imam Masjidilharam apabila dewasa kelak.

Sedangkan ibunya ingin memarahinya pada waktu tersebut.

Baca Juga:

1 thought on “4 Cara Marah Anak Yang Sesuai”

  1. Pingback: 5 Cara Mengelakkan Zina Dalam Kehidupan - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: