4 Cara Fokus Ketika Belajar Untuk Anda

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
fokus ketika belajar

4 Cara Fokus Ketika Belajar Untuk Anda ini akan berkongsi dengan anda semua terutamanya para pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran mereka.

Penulisan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh para pelajar. Tetapi ibu bapa pelajar juga dapat menjadikan penulisan ini untuk membantu anak-anak mereka fokus ketika belajar.

Kenapa Perlu Fokus Ketika Belajar?

Sebagai seorang manusia, kita perlu sentiasa mengetahui cara yang terbaik dalam membuat sesuatu perkara. Kerana ramai yang menganggap bahawa semua perkara yang perlu dilakukan itu memerlukan tenaga atau usaha yang banyak.

fokus ketika belajar

Sedangkan mereka ini tidak memahami konsep dengan betul. Apabila kita menjadi seseorang yang bijak, maka kita akan melakukan sesuatu perkara itu dengan kadar yang minimum tetapi dengan hasil yang paling maksimum. Inilah yang digelar sebagai orang bijak.

Setiap orang belajar dengan cara yang berbeza. Mungkin perkara tersebut terjadi disebabkan beberapa faktor seperti tidak minat terhadap subjek tersebut ataupun suasana pembelajaran yang membosankan.

Fokus ketika belajar atau memberi perhatian di dalam kelas memerlukan kerja yang keras daripada seseorang pelajar. Walaupun anda begitu minat dengan sesuatu subjek tersebut, akan tetapi apabila dihadapi dengan suasana kelas yang begitu hangat, ditambah lagi dengan mengalami tidak cukup tidur, ia akan merubah menjadi suatu cabaran.

Tambahan pula, apabila tidak dapat memberi perhatian di dalam kelas, ia juga bakal memberi kesan apabila di dalam dewan peperiksaan kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Oleh itu, admin akan berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana untuk memastikan anda kekal fokus ketika belajar atau kekal memberi perhatian di dalam kelas seterusnya berjaya di dalam pelajaran anda.

fokus ketika belajar

Mengelakkan Gangguan Dapat Memberikan Fokus Ketika Belajar

Sudah pasti semua orang ingin belajar dalam keadaan dan suasana yang terbaik. Tapi tidak semua orang bernasib baik untuk mendapatkan situasi yang sebegini. Terdapat banyak kajian yang yang dijalankan, bahawa pelajar yang belajar dalam keadaan yang tenang dapat fokus ketika belajar.

Cabaran dari zaman ke zaman sudah berubah. Mungkin pada tahun 80-an dan 90-an, para pelajar pada waktu ketika itu menghadapi bentuk gangguan yang berbeza. Mungkin seperti rumah yang bising, cahaya keadaan sekeliling tidak teran dan terlalu ramai orang dalam satu rumah.

fokus ketika belajar

Manakala gangguan utama yang dihadapi oleh para pelajar zaman ini ialah gangguan dari telefon bimbit. Boleh dikatakan setiap pelajar pada hari ini mempunyai gadjet yang tersendiri. Sama ada telefon pintar mahupun laptop atau pc.

Kita katakan gadjet terkini ini mengganggu fokus ketika belajar kerana para pelajar akan menghabiskan masa berjam-jam tanpa jemu menghabiskan masa pada gadjet ini.

Tidak dinafikan bahawa ianya dapat membantu dalam pelajaran. Tetapi kita tetap tidak boleh menafikan bahawa impak negatifnya melebihi impak positifnya. Gadjet-gadjet ini akan mengganggu para pelajar dengan masuknya notifikasi daripada sosial media.

fokus ketika belajar

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda boleh letakkan telefon bimbit anda dalam mod senyap atau dalam air plane mode. Anda juga boleh mematikan wifi dan data anda.

Banyakkan Berehat Dapat Memberikan Fokus Ketika Belajar

Sebagai manusia kita perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Rehat yang secukupnya dapat memberikan daya kekuatan 100% kepada seseorang berbanding dengan mereka yang tidak cukup rehat. Rehat yang secukupnya bukan sahaja diperlukan oleh orang yang bekerja, tetapi rehat yang secukupnya juga diperlukan oleh para pelajar.

fokus ketika belajar

Setiap pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 8-10 jam waktu tidur pada setiap hari. Tetapi perkara ini agak mustahil untuk dilaksanakan kerana para pelajar akan disibukkan dengan pelbagai aktiviti kokurikulum selepas waktu belajar.

Selepas waktu pelajaran sepatutnya adalah masa untuk mereka mengulang kaji pelajaran supaya memantapkan lagi persiapan mereka. Pihak yang berkuasa perlu menitik beratkan hal ini kerana ianya akan memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan para pelajar.

Anda Boleh Membuat Nota Supaya Lebih Fokus Ketika Belajar

Kita semua tahu bahawa cara belajar yang betul dan sistematik akan memberikan kecemerlangan pada pelajar yang mengamalkannya. Terdapat pelbagai cara yang mereka boleh aplikasikan sewaktu mereka belajar.

Membuat nota merupakan antara cara yang paling efisyen dalam memberikan fokus ketika belajar. Kita dapat bandingkan di antara pelajar yang membuat nota dan pelajar yang tidak membuat nota. Pelajar yang membuat nota akan kelihatan lebih terurus kerana mereka telah meringkaskan isi-isi penting dalam bentuk yang lebih mudah dan padat.

fokus ketika belajar

Pembuatan nota ini jugaakan membuat para pelajar memberikan tumpuan yang lebih sehingga dapat fokus ketika belajar.

Sampai disini sahaja untuk kali ini. Admin mengharapkan perkongsian pada kali ini memberikan manfaat kepada anda semua dan dapat memberikan anda semua fokus ketika belajar.

Baca juga:

1 thought on “4 Cara Fokus Ketika Belajar Untuk Anda”

  1. Pingback: 3 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: