4 Adab Menziarahi Orang Sakit

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

4 Adab Menziarahi Orang Sakit ini akan berkongsi dengan semua berkenaan adab-adab yang anda boleh amalkan ketika menziarahi orang yang sakit.

menziarahi orang sakit

Dalam Islam kita sangat digalakkan mengamalkan adab-adab yang terpuji dalam kehidupan seharian kita. Islam merupakan sebuah agama yang amat memetingkan adab kerana ianya akan mendorong kepada sifat peribadi yang mulia.

Tiada siapa pun yang akan rugi kerana mengamalkan adab-adab yang diajarkan dalam Islam. Malahan ganjaran pahala yang besar dan berlipat ganda akan diberikan kepada mereka yang beramal dengan adab-adab ini.

Tujuan Menziarahi Orang Sakit

Sebelum kita pergi kepada adab-adab menziarahi orang sakit, mari terlebih dahulu kita mengkaji atau memahami tujuan menziarahi orang sakit. Sebagaimana yang kita tahu, setiap amalan dalam Islam bergantung pada niat.

Niat merupakan perkataan di dalam bahasa arab. Di dalam bahasa melayu, ianya bermaksud tujuan. Jadi sekarang, admin akan berkongsi dengan para pembaca semua berkenaan dengan apakah tujuan kita menziarahi orang sakit.

menziarahi orang sakit

Tujuan utama kita adalah untuk mengeratkan hubungan kita sebagai orang Islam. Hubungan kita dengan seseorang disebut sebagai silaturrahim. Ianya tidak terbatas kepada hubungan kekeluargaan sahaja, tetapi termasuk juga dengan hubungan kita dengan kawan-kawan, guru-guru dan seluruh manusia amnya.

Ukhuwah yang mungkin lama terputus akhirnya bersambung semula kerana kita menziarahi orang sakit. Antara tujuan lain kita perlu menziarahi orang sakit ialah agar dapat memberikan mereka semangat agar terus kuat melawan penyakit.

Hukum Menziarahi Orang Sakit

Dalam Islam secara umumnya terdapat 5 hukum. Iaitu wajib, sunat, haram, makhruh dan juga mubah atau dikenali sebagai sesuatu yang dibolehkan. 5 hukum utama ini mempunyai pecahan-pecahan yang tersendiri.

menziarahi orang sakit

Untuk hukum menziarahi orang sakit ianya terletak pada hukum sunat atau lebih tepat lagi sunat muakkad. Sunat muakkad ini bermaksud amalan sunat yang amat dituntut. Hukum ini dikeluarkan oleh para ulama’ berpandukan hadis di bawah.

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.”

Berniat Mengikuti Sunnah Nabi Untuk Menziarahi Orang Sakit

Sebagai seorang muslim, kita sudah pasti ingin menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan contoh tauladan bagi kita. Melawat orang sakit ini adalah termasuk bahagian dari sunnah baginda. Ini juga merupakan adab dalam melawat orang yang sakit.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :

مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً

Maksudnya: “Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata: engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.”

menziarahi orang sakit

Lihatlah betapa indahnya Islam. Hanya dengan melakukan amalan yang mudah, kita sudah dapat mengaut pelbagai keuntungan buat diri kita.

Memberi Nasihat Ketika Menziarahi Orang Sakit

Memberi nasihat di sini adalah bermaksud memberikan kata-kata semangat kepada mereka. Sebagai sesama muslim, kita harus memberikan mereka dorongan supaya sentiasa bersabar dengan ujian yang Allah turunkan ini.

menziarahi orang sakit

Kita juga perlu ingatkan mereka supaya terus mengerjakan solat walaupun sedang sakit. Ramai orang sakit mengambil remeh tentang solat. Walaupun sedang sakit, mereka tetap wajib mendirikan solat. Islam telah memberikan keringanan kepada mereka yang sakit untuk mengerjakan solat dalam keadaan yang mereka mampu.

Tanya Berkenaan Keperluan Pesakit Ketika Menziarahi Orang Sakit

menziarahi orang sakit

Ini merupakan antara perkara yang sering kita abaikan ketika menziarahi orang sakit. Kita perlu sentiasa mengambil berat terhadap mereka. Mereka ini terkadang memerlukan bantuan kita.

Cuba kita bayangkan jika yang sakit tersebut ialah ketua keluarga yang keluar mencari nafkah. Maka sudah pasti ahli keluarganya tebeban dengan masalah kewangan kerana tiada sumber pendapatan.

Kita hendaklah menghulurkan bantuan mengikut kemampuan kita. Jika kita mampu untuk berikan lebih maka berilah lebih. Kita juga boleh mengutip dana untuk membantu kewangan mereka.

Sekian sahaja penulisan pada kali ini. Ini merupakan adab-adab asas dalam menziarahi orang sakit yang kita semua boleh amalkan.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: