
5 zikir harian ini adalah satu perkongsian untuk diamalkan oleh kita semua. Dengan mengamalkan zikir setiap hari dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta yang satu iaitu Allah SWT.
Kelebihan zikir ini sudah pasti sudah diketahui oleh semua orang. Setiap zikir yang kita akan ucapkan pasti tidak akan disia-siakan. Setiap zikir yang kita lafazakan akan memberikan kita pahala untuk dibawa kelak.
سبحان الله
Zikir ini sudah pasti tidak asing bagi kita. Maksud bagi kalimah zikir ini ialah Maha Suci Allah.
Kalimah ini juga dikenali juga sebagai kalimah tasbih. Ada dari kalangan ilmuan Islam yang menjelaskan bahawa apabila seseorang mengucapakan kalimah ini mereka sebenarnya sedang berenang dalam belas kasihan Allah.

Kalimah ini juga sering digunakan sebagai seruan kenikmatan atau kelegaan setelah melalui tempoh yang sukar. Zikir ini juga selalunya akan diucapkan selepas waktu solat sebagai zikir selepas solat.
Ianya juga merupakan satu kalimah yang pendek dan ringkas serta mudah untuk dilafazkan. Mari jangan lepaskan peluang anda untuk merebut pahala.
الحمدلله
Sekarang kita beralih kepada kalimah tahmid ini pula. Kalimah ini membawa maksud Segala Puji Bagi Allah.
Tahmid ialah singkatan bagi maksud kalimah-kalimah yang membawa tanda terima kasih atau kesyukuran kepada Allah.
Ramai yang salah anggap bahawa kalimah ini hanya diucapakan ketika mendapatkan sesuatu sahaja. Tanggapan ini salah sama sekali kerana ucapan tahmid ini juga dapat digunakan sebagai zikir harian.

Zikir ini juga dapat diamalkan setiap kali selepas solat.
الله أكبر

Kalimah ini dikalsifikasikan sebagai ucapan takbir. Kalimah ini membawa maksud Allah Maha Besar.
Kalimah ini digunakan dalam keadaan bimbang, dalam solat dan laungan menaikkan semangat ketika perang. Setiap kalimah bahasa arab yang didahului dengan huruf Alif akan membawa maksud yang amat atau teramat.
Kalimah ini adalah untuk membesarkan Allah. Kalimah takbir ini juga adalah salah satu perkataan yang disebut dalam solat dan dijadikan rukun solat yang ketiga iaitu Takbiratul ihram yang dijadikan garis permulaan solat.
Takbir juga dilaungkan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta pada Hari Tasyrik. Zikir ini juga termasuk dalam zikir selepas solat.
Akhir kata sebagai orang kita hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah. Perbanyakkan zikir akan membantu hati kita untuk tenang. Zikir walapun nampak ringan ianya akan membantu kita untuk ke syurga.
Baca juga:
2 thoughts on “3 Zikir Harian”
Pingback: 4 Cara Menjaga Alam Sekitar - Baitul Taaruf
Pingback: Panduan Solat Perempuan Sakit Bersalin - Baitul Taaruf