
3 Tanda Lelaki Suka Dengan Kita ini akan menerangkan kepada anda semua berkenaan dengan perangai lelaki di luar sana.
Setiap manusia mempunyai perangai yang tersendiri. Tidak semua orang mempunyai perangai yang sama. Tetapi tidak dinafikan bahawa ada juga manusia yang mempunyai persamaan perangai.
Namun, kebanyakkan daripada kita yang tidak mempunyai masalah mental yang serius akan mempunyai pola emosi yang serupa. Maka dengan itu tingkah laku yang kita lakukan juga boleh difahami dan diramalkan.
Bukanlah menjadi kewajipan untuk kita memahami perangai orang lain. Tetapi dengan memahami perangai orang lain kita akan lebih peka terhadap perasaan mereka kepada kita.
Kepentingan Memahami Tingkah Laku Orang Lain
Tingkah laku ialah yang ditunjukkan oleh manusia bukanlah hanya disebabkan oleh diri sendiri. Tetapi juga disebabkan oleh faktor lain seperti budaya dan genetik.
Jikalau anda pernah pergi ke negara timur tengah seperti di Mesir. Anda akan mengalami kejutan budaya kerana mereka sangat kasar dan juga garang. Sesama mereka juga mengamalkan percakapan secara kuat dan lantang. Pelancong asing yang melihat pasti terkedu seribu bahasa.

Faktor genetik pula dapat mempengaruhi perangai seseorang jika ibu atau bapa mereka mempunyai sejarah masalah mental yang serius.
Setiap hari kita akan berurusan dengan manusia. Kemana sahaja kita pergi pasti kita akan berjumpa dengan orang lain. Di rumah pula kita akan berjumpa dengan suami dan anak.
Maka memahami tingkah laku orang lain peting untuk kita memahami mereka. Apabila kita sudah memahami seseorang, maka kita akan lebih mudah untuk berurusan dengan mereka. Jika anda orang yang berkerja di bahagian ‘customer survice’ maka ianya amat penting untuk anda memahami orang lain.
Kerana setiap pelanggang yang anda jumpa mempunyai ragam yang tersendiri yang bakal membuatkan anda pening.
Untuk wanita di luar sana yang masih bujang, anda juga tidak terkecuali untuk berusaha memahami para jejaka di luar sana. Kerana mungkin mereka sebenarnya mempunyai perasaan terhadap anda. Berikut adalah Tanda Lelaki Suka Dengan Kita.
Eye Contact Merupakan Tanda Lelaki Suka Dengan Kita
Pasti ramai di antara anda yang perasaan akan tanda yang satu ini. Ya betul tu. Eye contact yang dibuat oleh lelaki sebenarnya tanda pertama bahawa mereka mempunyai hati terhadap kita.
Cuba anda mengimbas kembali memori anda dan cuba ingat jika anda pernah berada dalam situasi begini. Mungkin anda sedang bercakap dengan sesseorang lelaki yang telah lama anda kenali dan perasan mereka cuba untuk curi-curi pandang anda.

Begitulah lelaki. Makhluk yang amat pemalu pada awalnya. Tetapi ada juga lelaki akan terus membuat ‘eye contact’ tanpa curi-curi pandang. Ingatlah wanita sekalian. bahawa ‘eye contact’ yang mereka lakukan adalah untuk menunjukkan perasaan suka mereka.
Mengingati Setiap Perkara Merupakan Tanda Lelaki Suka Dengan Kita
Tanda lelaki suka dengan kita yang seterusnya ialah mereka akan mengingati perkara-perkara yang kita beritahu kepada mereka. Lelaki ni sebenarnya makhluk yang paling kuat lupa.
Tetapi jikalau seseorangb jejaka tersebut sudah mempunyai hati kepada anda, maka mereka akan berusaha dengan sedaya upaya untuk sentiasa tidak lupa dengan apa yang anda telah beritahu mereka.
Walaupun ianya perkara yang kecil, tetapi ianya akan tetap tersemat dalam fikiran mereka. Sebab tu lelaki yang suka dengan seseorang itu akan peka terhadap masa dan juga apa sentiasa sudi mendengar apa yang anda ingin luahkan atau beritahu.
Lelaki Akan Kurang Bermain Dengan Gadjet Adalah Tanda Lelaki Suka Dengan Kita

Dengan dunia teknologi sekarang, siapa sahaja akan bermain telefon di mana sahaja mereka berada. Tetapi tidak jika anda berada di sisi orang yang anda sayangi.
Seperti contoh jika kita bersama dengan keluarga. Sudah pasti kita akan meletakkan gadjet kita jauh-jauh. Kerana masa tersebut sepatutnya dihabiskan bersama keluarga.
Begitu juga dengan tanda lelaki suka dengan kita.
Mereka akan sanggup tidak main ‘game’ walaupun itulah aktiviti mereka pada setiap hari. Mereka tidak akan membazirkan waktu mereka dengan bermain gadjet apabila bersama dengan yang tersayang.
Baca juga:v
1 thought on “3 Tanda Lelaki Suka Dengan Kita”
Pingback: 3 Tanda Lelaki Selesa Dengan Wanita - Baitul Taaruf