
3 Tanda Lelaki Selesa Dengan Wanita ini akan berkongsi dengan anda semua satu ilmu pengetahuan yang baru untuk para pembaca semua. Lelaki sebenarnya amat pemalu pada awal perhubungan. Kaum Adam ini lebih suka untuk menunjukkan reaksi berbanding menggunakan lisan sebagai tanda lelaki selesa dengan wanita.
Penulisan pada kali ini khusus kepada para wanita di luar sana yang masih bujang ataupun yang sudah mempunyai pasangan.
Siapa sahaja dalam dunia ini tidak mahu bahagia kan?
Kita sebagai manusia perlu sentiasa percaya bahawa kebahgiaan di dunia ini akan datang. Kebahagian setiap manusia itu berbeza-berbeza. Ada yang membujang hingga umur 40 tahun dan mula berputus asa untuk mencari jodoh. Tetapi akhirnya jodoh datang tanpa disangka-sangka.
Terkadang ada juga yang masih muda tetapi jodohnya telah sampai.

Apa pun yang terjadi kepada kita, jangan sesekali kita membandingkan apa yang terjadi dengan diri kita dengan orang lain. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita.
Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang tanda-tanda lelaki selesa dengan wanita, mari kita fahami terlebih dahulu cara yang sepatutnya kita lakukan ketika bercinta sebelum berkahwin.
Batas Bercinta Sebelum Kahwin
Agama Islam telah meletakkan satu garis panduan untuk umatnya yang lelaki dan wanita untuk bercinta. Islam sentiasa mengingatkan supaya kita semua menjaga batas pergaulan atau disebut juga sebagai ikhtilat.
Tetapi ada juga para ilmuan Islam yang meletakkan panduan bagi mereka yang bercinta sebelum nikah ini. Dan garis panduan ini juga sebenarnya untuk mereka yang telah mengikat tali pertunangan. Bagi pasangan yang bercinta di luar sana anda dinasihatkan untuk cepat-cepat bertunang untuk mengelakkan fitnah.
Bagi yang bercinta sebelum kahwin, anda semua dinasihatkan untuk menghadkan pertemuan anda. Kita dapat lihat bahawa pada hari ini, pasangan bercinta keluar dengan sewenang-wenangnya seperti sudah berkahwin. Tidak kurang juga mereka yang pergi bercuti bersama-sama.

Anda juga boleh membawa orang ketiga. Orang ketiga ini tidak kisah daripada keluarga atau kawan-kawan. Mereka ini yang akan membantu kita untuk mencegah daripada melakukan hal-hal yang mungkar.
Pasangan yang sedang bercinta ini juga dinasihatkan untuk menuntut ilmu agama. Ilmu agama yang kukuh di dalam hati dapat membantu kita menjadi insan yang lebih baik. Dengan adanya ilmu di dada kita akan lebih berhati-hati dalam pergaulan dan juga percintaan.
Ilmu agama juga membolehkan kita untuk mempersiapkan diri untuk alam selepas perkahwinan.
Sekarang mari kita dalami tentang tanda lelaki selesa dengan wanita pula.
Sentiasa Bercakap Tentang Masa Hadapan Adalah Tanda Lelaki Selesa Dengan Wanita

Seorang lelaki yang sejati akan sentiasa bercakap tentang masa hadapan hubungan percintaanya dengan pasangannya. Jadi anda boleh nilai sendiri jika orang yang anda suka sentiasa bercakap tentang masa hadapan hubungan anda atau tidak.
Bagi mereka yang masih belum ‘official’ bercinta, anda juga boleh mengenal pasti orang yang mempunyai hati dengan anda melakukan hal yang sama atau tidak. Seorang lelaki yang malu pada awalnya tidak akan terus bercakap berkenaan dengan perasaannya dengan anda.
Mereka akan bercerita berkenaan dengan apa yang mereka akan buat pada masa hadapan. itu merupakan tanda bahawa mereka mempunyai hati pada anda.
Sentiasa Bercerita Pada Orang Lain Tentang Anda
Bercerita di sini bukanlah lelaki tersebut berkata hal yang buruk atau negatif tentang anda. Tetapi mereka akan bercakap perkara manis dan positif tentang anda kepada sesiapa sahaja.
Boleh jadi mereka bercerita kepada kawan-kawan ataupun keluarga mereka sendiri. Sangat ‘special’ sebenarnya jika seseorang lelaki sudah bercerita tentang kita kepada ahli keluarganya.
Ini merupakan tanda lelaki selesa dengan wanita tersebut.

Tanda Lelaki Selesa Dengan Wanita Ialah Suka Berkongsi Cerita
Bukan kaum hawa sebenarnya yang suka untuk berkongsi cerita. Tetapi kaum Adam juga. Mereka ini akan berkongsi kisah duka dan gembira kepada orang-orang yang mereka telah selesa.
Lagi-lagi kepada wanita yang telah menambat hatinya.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharapkan perkongsian mengenai tanda lelaki selesa dengan wanita ini membantu anda semua.
Baca juga:
1 thought on “3 Tanda Lelaki Selesa Dengan Wanita”
Pingback: 3 Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita - Baitul Taaruf