3 Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita

3 Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita ini akan memberikan satu ilmu baru kepada para wanita di luar sana.

Kaum Adam atau lelaki ini memang terkenal dengan sifatnya yang suka mengambil kesempatan terhadap pasangan mereka. Terkadang ada juga kes yang mana mereka hanya berkawan sahaja, tetapi lelaki tersebut terus mengambil kesempatan.

Jadi ingatlah bahawa bukan hanya ketika bercinta sahaja perkara ini berlaku, tetapi hanya dengan menjadi kawan sahaja ianya sudah berlaku.

Wanita sebenarnya makhluk yang lemah. Mereka ini Allah jadikan untuk dilindungi. Dan bukan untuk disakiti terutamanya daripada orang yang dia cintai.

Pada zaman moden ini, dapat kita lihat bahawa banyak pasangan bercinta sama ada sudah bernikah atau belum mengalami masalah penindasan. Masalah penindasan ini kebiasaannya terjadi kepada kaum hawa.

Teman lelaki atau suami akan mengambil kesempatan terhadap pasangan mereka. Kata lain untuk mengambil kesempatan ini adalah untuk mempergunakan kaum wanita demi mencapai kesenangan dan sebagainya.

Mari kita baca lebih lanjut mengenai tanda lelaki mempergunakan wanita dalam perhubungan percintaan.

Tidak Melakukan Pengorbanan Adalah Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita

Setiap hubungan pasti memerlukan pengorbanan. Pengorbanan ini kadang kala dilakukan oleh pihak wanita. Dan terkadang dilakukan oleh pihak lelaki juga.

Anda boleh lihat bahawa pada hari ini terdapat banyak pasangan yang mengalami LDR atau perhubungan jarak jauh. LDR ini akan memerlukan salah seorang untuk berkorban.

Agak-agak berkorban apa?

Berkorban untuk berjumpa. Perhubungan jarak jauh ini akan menyebabkan salah seorang daripada anda perlu ‘mengalah’ untuk ke tempat untuk ke tempat pasangan anda. Biasanya ianya akan mendapat kata putus yang dicapai melalui kesepakatan kedua-dua belah pihak.

Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita

Namun kebiasaanya kaum Adam ini yang akan berkorban untuk ke tempat anda wahai wanita semua.

Anda perlu perhatikan jika anda LDR. Jikalau hanya anda sahaja yang berkorban maka sudah pasti ianya termasuk dalam tanda lelaki mempergunakan wanita.

Berkorban ini bukan sahaja dalam usaha untuk berjumpa, tetapi dalam aspek yang lain juga perlu. Seperti kewangan dan lain-lain lagi.

Pertengkaran Juga Termasuk Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita

Setiap pasangan akan mengalami pertengkaran dalam perhubungan mereka. Keadaan ini sebenarnya adalah perkara biasa atau normal.

Pertengkaran yang tidak normal ialah apabila salah satu pihak melampaui batas dalam percakapan. Misalnya anda bertengkar dengan pasangan anda, dan pasangan anda mula menggunakan kata-kata kesat dalam kata-katanya. Ada juga yang akan mencaci fizikal anda.

Kata-kata cacian ini akan disusuli dengan kata-kata kemaafan dari pasangan anda. Yang menjadikan pertengakaran termasuk dalam tanda lelaki mempergunakan wanita ialah apabila ianya sentiasa berlaku.

Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita

Anda perlu faham bahawa pasangan yang sebegini akan merosakkan emosi anda. Mereka ini akan bermulut manis selepas mengguriskan hati anda menggunakan lidah mereka.

Yang lagi teruk ialah apabila mereka sudah mula menggunakan kekerasan apabila bertengkar dengan anda. Ini merupakan tahap yang paling merbahaya.

Ingat keselamatan anda perlu diutamakan berbanding perasaan cinta terhadap pasangan sendiri.

Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita Menggunakan Media Sosial

Anda perlu perhatikan tentang pasangan anda, sama ada mereka ini aktif di media sosial atau tidak. Kerana anda perlu melihat jika mereka ada menyiarkan apa-apa mengenai anda.

Jika pasangan anda tidak aktif, maka tidak hairan jika mereka tidak membuat sebarang siaran mengenai anda. Yang hairannya jika mereka seorang yang aktif di media sosial tetapi tidak pernah menyiarkan apa-apa tentang anda.

Sedangkan anda selalu beria untuk menyiarkan tentang mereka. Mereka akan menggunakan pelbagai alasan untuk tidak menyiarkan apa-apa berkenaan dengan anda.

Tanda Lelaki Mempergunakan Wanita

Ini mungkin disebabkan mereka ini mempunyai niat buruk atau mereka memang hendak mempergunakan anda sahaja.

Anda akan ditinggalakan setelah mereka mendapatkan apa yang mereka mahukan. Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang. Pasangan sebegini sebenarnya sudah mempunyai niat yang buruk ke atas anda sejak dari awal perhubungan lagi.

Bukanlah cinta itu diukur melalui posting di media sosial tetapi ianya seperti pelengkap dengan mengikut peredaran zaman.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: