
3 tahun suami curang ini adalah perkongsian daripada para pembaca yang mengalami masalah rumah tangga. Kisah suami isteri ini dikongsikan adalah untuk memberikan pengajaran kepada anda semua supaya lebih berhati-hati.
Dalam kehidupan perkahwinan, pasti akan ada sahaja perkara negatif yang akan berlaku. Tidak semestinya terjadi kes suami curang, kes-kes seperti isteri curang juga banyak berlaku. Apa pun yang berlaku dalam rumah tangga kita, diharapkan kita semua boleh berfikir dengan waras dan matang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
Kehidupan Bahagia Sebelum Suami Curang
Nama aku Azura. Aku berasal dari negeri jelapang padi iaitu Negeri Kedah. Aku berjumpa dengan bekas suami sejak menuntut di universiti lagi. Kami berdua bersama-sama menuntut di sebuah universiti di selatan tanah air.
Kami berjumpa sewaktu tahun pertama menuntut di sana. Ketika itu kami berdua berumur 21 tahun. Kampung halamanya hanya sekitar 1 jam dari universiti kami. Kami berkahwin pada umur 26 tahun dan menetap di ibu kota, Malaysia.

Aku dan suami sudah 7 tahun berkahwin. Kami bahagia, dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 6 dan 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan, suami baik sangat dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin. Alhamdulillah, anak-anak juga manja dengan bapa mereka.
Permulaan Suami Curang Kepada Aku
Setiap sesuatu pasti ada permulaanya. Begitu juga dengan kes suami curang yang aku hadapi ini. Sekitar 6 bulan yang lalu ketika aku berada di tempat kerja. Satu notifikasi whatsapp yang dihantar oleh seseorang yang aku tidak kenali. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Siti. Dan yang lebih mengejutkan lagi, Siti mengaku bahawa dia ialah kekasih suamiku.
Aku dalam perasaan yang bercampur baur, kerana aku langsung tidak perasan akan perubahan tingkah laku suamiku. Perasaan ragu-ragu mula timbul di hati kecil ini. Rutin suamiku hampir sama sahaja dan tiada perubahan yang ketara dapat dilihat.

Dia akan pergi kerja pagi dan akan balik pada waktu petang seperti biasa. Bila hujung minggu, dia lepak di rumah saja dengan anak-anak. Tak mahu berfikiran negatif, aku bertanya tentang perkara itu pada suami dan suami mengaku Siti adalah kekasihnya.
Hancur hatiku ini mendengar pengakuan suami, aku menangis tanpa suara kerana terlampau sedih. Allahu, sakitnya rasa dikhianati. Inilah pengalaman dikhianati pertama kali yang aku rasai.
Suami beria-ria memujuk dan menjelaskan wanita itu adalah rakan sekerjanya. Mereka mula rapat semenjak tiga tahun lalu dan hanya berhubung melalui telefon. Adakalanya mereka keluar makan tengah hari bersama-sama. Suami juga menjelaskan bahawa tiada hal-hal yang terlarang berlaku di antara mereka berdua.
Telefon Ialah Faktor Suami Curang?
Aku mengaku bahawa aku bukanlah sejenis manusia yang sukamemeriksa telefon bimbit suami. Aku tidak memeriksa telefon suami kerana menghormati privasinya dan juga atas dasar percaya.
Suamiku berkata, dia memang cuba berterus terang dari awal, namun keadaan selalu tidak mengizinkan. Malam itu, aku menangis semahu-mahunya. Aku memohon pada Allah agar berikan kekuatan jiwa dan raga. Selepas dari hari itu, aku mengumpul seluruh kekuatan untuk duduk semeja dengan suami dan kekasihnya. Suami mengaku sayangkan aku dan Siti pada masa yang sama. Malah meminta izin untuk berkahwin dan berjanji akan berlaku adil.
Dari segi luaran, Siti nampak sopan, bertudung tutup dada, berstokin dan tutur katanya lembut. Berkali-kali dia memohon maaf kerana mengguriskan hati saya dan menjelaskan dia tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga saya, tetapi sekadar menumpang kasih.
Menurut Siti, dia terpikat dengan suamiku kerana sikap suami yang baik dan mengutamakan keluarga. Malah dia langsung tidak malu mengakui bahawa dialah yang mula mendekati suami. Nekad betul ya?

Aku suka sikapnya yang berterus terang itu walaupun mengambil masa yang lama iaitu tiga tahun. Namun agak terkilan sedikit kerana dalam masa tiga tahun itu aku dibiarkan syok sendiri dan yakin hati suami hanya untuk ku. Aku amat yakin yang suami ku bukanlah suami curang kepada isterinya. Namun Allah Maha Kuasa.
Setelah mendengar penjelasan mereka, maka aku memberi keizinan untuk mereka berkahwin tetapi dengan syarat. Suami perlu menceraikan aku. Suami tidak setuju dan meminta aku menerima Siti sebagai madu. Siti pula menangis memohon agar aku tidak merumitkan lagi keadaan.
Keputusan yang muktamad masih belum dibuat semasa hari tersebut. Suami tetap berdegil untuk menceraikan aku kerana masih sayang dan memikirkan nasib anak-anak.

Kami bertiga mengambil masa selama 3 bulan untuk berbincang masalah ini. Kata sepakat telah dicapai, aku dan suami akan bercerai. Dan dia akan berkahwin dengan Siti. Hak penjagaan pula akan kami berkongsi dengan adil.
Itulah sebuah kisah berkenaan dengan kes suami curang yang berlaku dalam masyarakat kita. Setiap kali kita mempunyai masalah rumah tangga, maka perlulah kita berbincang untuk mendapatkan jalan penyelesaian.
Baca juga: