3 Sifat Mazmumah Dalam Agama Islam

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

3 Sifat Mazmumah Dalam Agama Islam ini akan berkongsi dengan anda semua satu ilmu baru. Ilmu yang baru ini diharapkan dapat membantu anda semua menjadi insan yang lebih berilmu.

Sebagai seorang muslim, kita sudah semestinya mempunyai niat untuk melangkah ke masuk syurga Allah. Itulah impian semua makhluk yang mengenal Rab Sekalian Alam.

Sifat Mazmumah

Syurga merupakan idaman semua manusia, walaupun mereka bukan beragama Islam. Dalam Islam, Allah telah mengutus Nabi Muhammad SAW untuk mengajak manusia ke syurga. Melalui nabi juga, Allah menceritakan berkenaan dengan syurga.

Untuk masuk ke syurga bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi ianya juga bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk kita kecapi. Banyak perkara yang perlu kita jaga dalam hidup ini untuk ke sana.

Sifat Mazmumah Membawa Ke Neraka?

Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan dengan sifat-sifat mazmumah, mari kita kenali terlebih dahulu apakah itu sifat mazmumah.

Dalam Islam akhlak terbahagi kepada dua iaitu yang mahmudah dan yang mazmudah. Mahmudah merupakan pengertian bagi akhlak yang terpuji ataupun baik. Manakala, sifat mazmudah adalah pengertian bagi akhlak yang tercela ataupun buruk. Maka sebagai mukmin yang ingin dekat kepada Sang Pencipta, sudah pasti kita akan mengamalkan sifat mahmudah.

Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercela menurut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak tercela dalam bahasa Arab dikenali sebagai sifat-sifat mazmumah, merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang sifat yang tergolong dalam kategori akhlak buruk amat dibenci dan dikeji dalam pandangan Islam.

Antara sifat mazmumah yang berat ialah menyengutukan Allah Subhanahu wa ta’ala. Antara sifat-sifat mazmumah yang kecil tetapi masih berdosa ialah bohong, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan sebagainya. Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam.

Sifat Mazmumah

Dan amalan utama penganut Islam yang ingin masuk ke syurga adalah sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. yang bermaksud: “Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar zarah. ” (Riwayat Muslim). 

Orang yang memiliki sifat- sifat mazmumah antaranya ialah orang tersebut tidak bertaqwa kepada Allah yang tidak berlandaskan al-Quran dan As- Sunnah (Hadis). Orang itu tidak mengharapkan reda Allah dan mengingkar segala laranganNya. Orang itu juga tidak menjadikan Islam sebagai sumber akhlak. Antara contoh- contoh sifat mazmumah ialah hasad dengki, suka marah dan bertengkar, memfitnah, mengumpat, kedekut, sombong dan bangga diri. 

Banyak Makan Termasuk Dalam Sifat Mazmumah

Pasti para pembaca terkejut kan dengan sub tajuk yang pertama ini?

Tetapi inilah kenyataannya. Banyak makan merupakan sifat mazmumah yang ramai di antara kita tidak ambil peduli langsung. Kerana sebagai manusia sudah pasti kita suka makan. Apatah lagi jika makanan tersebut sedap dan dapat menambat selera kita. Kita perlu kembali kepada Rasulullah SAW dalam perkara ini. Kita boleh mengambil sifat makan nabi untuk diamalkan.

Untuk pengetahuan anda semua, Nabi SAW apabila makan akan membahagikan perutnya kepada 3 bahagian. Nabi akan mengisi 1/3 daripada perutnya dengan makanan. Kemudian 1/3 yang lainnya akan diisi dengan air pula. Dan untuk 1/3 yang terakhir adalah untuk ruang angin.

Sifat Mazmumah

Makan yang berlebihan akan menyebabkan kita menjadi gemuk. Gemuk ini adalah satu perkara yang tercela. Makan dengan banyak juga akan menyebabkan kita malas untuk beribadat kepada Allah SWT.

Mengumpat Adalah Sifat Mazmumah

Mengumpat ialah memperkatakan seseorang di belakangnya. Biasanya yang diperkatakan ini adalah sekitar kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.

Mengumpat terbahagi kepada 3 iaitu:

  • Ghibbah – Memperkatakan keburukan seseorang di belakangnya. 
  • Buhtan – Mereka-reka perkara dusta yang bertujuan untuk memburukan seseorang supaya harga dirinya jatuh. 
  • Ifkun– Menaburkan berita-berita fitnah yang didengar daripada seseorang kemudian menyampaikannya kepada orang lain. 

Berbangga Diri Wajib Dihindari

Sifat Mazmumah

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanyASifat ini amat berkait rapat dengan takbur dan riak. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaaan, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya. 

Baca juga:

1 thought on “3 Sifat Mazmumah Dalam Agama Islam”

  1. Pingback: 3 Cara Utama Menjaga Maruah Diri - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: