3 Senaman Kempiskan Perut ini akan berkongsi dengan anda semua untuk cara untuk anda kempiskan perut. Tiada yang mustahil jika anda berusaha untuk mendapatkannya.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah ialah menjaga pemakanan anda. Ramai yang ingin kempiskan perut dengan hanya melakukan senaman sahaja. Sedangkan pemakanan kita merupakan faktor utama kenapa kita menjadi gemuk.
Perut Buncit
Anda sudah berazam untuk mengempiskan perut tetapi sering kali kita mendengar bahawa terdapat beberapa golongan yang telah berusaha tetapi kecewa kerana tidak mendapat perubahan yang diinginkan. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan anda gagal untuk mengempiskan perut seperti teknik senaman atau pemakanan yang salah.
Untuk pengetahuan anda, mengenal pasti kenapa perut boleh menjadi buncit juga boleh membantu anda memahami diri anda. Penjagaan makanan dan senaman tidak akan berhasil jika anda tidak mengenal pasti kenapa anda buncit.
Terdapat 2 jenis lemak yang boleh ditemui dalam badan kita iaitu lemak viseral dan lemak subkutus. Lemak subkutus terletak di anggota badan yang nyata seperti di lengan, kaki dan paha. Lemak viseral pula terletak dalam rongga abdomen. Lemak ini boleh didapati berdekatan organ-organ seperti hati, perut dan usus. Lemak visceral juga boleh berkumpul di dalam arteri. Perut buncit boleh berlaku apabila anda terlampau banyak lemak viseral dan lemak subkutus di bahagian abdomen.

Pemilihan Makanan Boleh Membantu Kempiskan Perut
Untuk mencapai matlamat kempiskan perut, anda harus bijak membuat pilihan makanan yang membantu membakar lemak atau mengelakkan pengumpulan lemak di bahagian perut.
Kajian menunjukkan diet yang rendah karbohidrat lebih berkesan untuk mengurangkan lemak dalam badan berbanding diet yang rendah lemak. Hal ini kerana fruktosa yang terbentuk dan lebih daripada yang diguna pakai oleh badan kita akan disalurkan ke hati lalu diubah ke lemak.
Minum air dengan banyak supaya buah pinggang anda boleh bekerja membuang sisa toksin dalam badan anda dengan lebih cekap. Anda juga boleh merangsang pembakaran lemak dengan minum air teh hijau atau kopi hitam sahaja tanpa menambah gula terutamanya jika digabungkan dengan berpuasa.

Cara memasak juga memainkan peranan yang penting. Kurangkan menggoreng, sebaliknya gunakan kaedah memasak yang rendah lemak seperti merebus dan membakar dalam ketuhar. Apabila perlu menggunakan minyak, gunakan minyak zaitun dan minyak alpukat untuk mengganti mentega, marjerin dan minyak kacang tanah.
Elakkan makan makanan yang diproses, bergula dan terlalu berlemak. Anda harus memilih daging tanpa lemak seperti dada ayam, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks seperti kekacang dan keledek.
Jom Kempiskan Perut Dengan Senaman Mengayuh Basikal
Dalam bahasa Inggeris, senaman ini dinamakan ‘bicycle crunches’. Hal ini kerana pergerakan senaman ini seperti anda berkayuh basikal tetapi dalam posisi terlentang. Cara melakukan senaman ini adalah mudah.
Baring di atas tikar yoga anda. Letakkan tangan di belakang kepala. Mulakan dengan bawa lutut kanan anda sehingga menyentuh siku kiri anda. Tegangkan otot abdomen anda untuk hasil yang lebih mantap. Ulang dengan menyentuh lutut kiri dengan siku kanan. Pergerakan ini akan seiras dengan mengayuh basikal.
Squats
Jika dilakukan dengan betul, senaman squats boleh mengempiskan perut, mencantikkan punggung dan juga paha. Caranya amat mudah. Kangkangkan kaki anda seluas bahu dan turunkan badan anda ke posisi mencangkung. Pastikan lutut anda tidak melepasi hujung jari kaki anda apabila dalam posisi ini.
Anda boleh stabilkan diri dengan menghulurkan tangan anda ke depan. Ulang pergerakan ini sebanyak yang mampu. Ingatkan diri untuk menegangkan otot abdomen supaya anda melindungi tulang belakang anda. Untuk menambahkan cabaran, anda boleh mengangkat berat ketika melakukan senaman ini. Mulakan dengan berat yang rendah dan tingkatkannya secara perlahan.
Plank Membantu Kempiskan Perut

Seperti tekan tubi, plank menyasar pelbagai otot dalam satu masa. Biarpun nampak senang, senaman ini sebenarnya susah kerana memerlukan kekuatan otot untuk menahan badan anda dalam posisi mendatar.
Cara melakukan plank adalah dengan baring meniarap kemudian angkat badan anda dari lantai menggunakan siku atau terus meluruskan tangan anda (‘high plank’). Kekalkan posisi ini untuk beberapa saat atau sehingga beberapa minit sekiranya anda mampu.
Baca juga:
2 thoughts on “3 Senaman Kempiskan Perut”
Pingback: 2 Adab Berjiran - Baitul Taaruf
Pingback: 5 Tanda Anda Menghadapi Penyakit Buah Pinggang - Baitul Taaruf