3 Sebab Utama Lelaki Selalu Curang

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Lelaki Selalu Curang

3 Sebab Utama Lelaki Selalu Curang ini akan berkongsi dengan para pembaca semua mengenai faktor-faktor kenapa pasangan kita curang.

Semua orang berpotensi untuk curang tanpa mengira jantina. Tetapi kebanyakkan kes yang kita lihat dan dengar terjadi disebabkan oleh lelaki selalu curang kepada wanita.

Tidak dinafikan bahawa curang merupakan suatu perkara yang amat besar dalam kehidupan kita. Sedangkan sedang berkahwin juga boleh berlakuknya kes sebegini, apatah lagi jika kita hanya baru dalam alam percintaan. Disebabkan itu, setiap individu perlu sentiasa berjaga-jaga.

Maksud Curang

Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang sebab lelaki selalu curang, mari kita fahami terlebih dahulu memahami dengan lebih jelas mengenai curang.

Kecurangan atau kata dasarnya curang mempunyai perkataan lain yang dapat digunakan. Perkataan tersebut ialah keselingkuhan/perselingkuhan. Kata dasar bagi perselingkuhan ialah selingkuh.

Perkataan ini dapat kita fahamkan sebagai tindakan melanggar persetiaan hubungan emosi atau seks yang terjalin diantara seseorang yang sudah mempunyai pasangan dengan seseorang yang bukan pasangannya. Mereka ini juga disebut sebagai pihak yang ke-3.  

Aktiviti curang ini juga berlaku secara khusus atau eksklusif sesama mereka tanpa rasa jujur si pelaku kepada pasangan tersebut sehingga mengakibatkan perasaan marah, cemburu dan terwujudnya perasaan persaingan.

Lelaki Selalu Curang

Dari segi psikologi, ada beberapa sebab yang mendorong seorang lelaki selalu curang terhadap pasangan mereka. Ya, kekurangan diri si isteri bukanlah punca atau alasan sebenar mereka berani menduakan pasangan kerana sebenarnya terdapat faktor lain yang mendorong mereka melakukan perbuatan itu.

Kebanyakan lelaki selalu curang ini juga sedar akan risiko perbuatan itu termasuk perceraian tetapi mereka tetap melakukannya.

Tidak Matang Dalam Berfikir

Jika seorang lelaki tiada pengalaman dalam hubungan serius atau berfikir bahawa bersikap curang boleh melukakan hati banyak orang, individu jenis ini sebenarnya merasakan curang bukan satu kesalahan. Sebaliknya mereka menjadikan perkahwinan itu sebagai satu ‘topeng’ bagi melepaskan diri walaupun sebenarnya ia menjerat diri sendiri.

Tentu sahaja perangai lelaki seperti ini sebenarnya tidak boleh kita jadikan sebagai pasangan hidup kita. Mereka ini lah punca keruntuhan rumah tangga mereka. Antara ciri lelaki yang tidak matang dalam berfikir ialah mereka selalu melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Lelaki Selalu Curang

Dan setelah mereka melakukan kesalahan tersebut, reaksi yang mereka tunjukkan adalah reaksi yang tidak langsung mempunyai perasaan serba salah.

Kita sepaptutnya menjauhkan diri daripada pasangan yang sebegini.

Trauma Boleh Mendorong Untuk Lelaki Selalu Curang

Lelaki Selalu Curang

Ramai yang terkejut dengan sebab yang satu ni kan?

Tetapi inilah hakikatnya yang kita semua pelru fahami. Trauma yang berlaku kepada seorang lelaki dalam hidupnya mampu menyebabkan mereka merasakan ingin curang terhadap pasangan mereka. Trauma ini boleh berlaku ketika mereka masih kecil ataupun setelah mereka dewasa juga. ‘

Kebiasaannya perkara ini berlaku kerana mereka melihat ibu dan bapa mereka bergaduh disebabkan salah seorang daripada mereka mempunyai kekasih gelap. Perkara seperti ini akan membawa kepada penceraian. Begitu juga apabila mereka dewasa, mereka mungkin pernah mengalami rasa sakit akibat dicurangi, maka untuk perhubungan yang seterrusnya mereka mengambil keputusan untuk curang kembali.

Apa pun trauma yang lelaki alami, ianya boleh diubati melalui perjumpaan dengan pakar jiwa.

Merasa Bosan Akan Membuatkan Lelaki Selalu Curang

Orang selalu cakap bahawa, orang lelaki ini hanya ‘beria’ waktu awal-awal percintaan sahaja. Namun kita tidak boleh pukul rata dalam bab ini. Kita tidak seharusnya mempunyai tenaggapan yang negatif kepada semua lelaki.

Siapa sahaja tidak berasa bosan apabila setiap hari kita akan lakukan benda yang sama. Begitu juga dalam perhubungan percintaan atau alam perkahwinan ini. Pasti akan ada sahaja pihak yang akan berasa bosan apabila sudah menjalinkan hubungan buat jangka masa yang panjang dengan orang yang sama.

Disebabkan itu kita perlu sentiasa melakukan inovasi dalam hubungan kita, agar pasangan baik lelaki atau perempuan tidak merasa bosan. Dalam perhubungan ini, lelaki adalah pihak yang akan sentiasa berasa cepat bosan. Apabila bosan mereka akan mencari ‘benda’ baru untuk menghilangkan perasaan tersebut.

Maka wanita-wanita di luar sana, mari bantu pasangan anda dengan mencipta perkara-perkara baru dalam hubungan anda.

Baca juga:

1 thought on “3 Sebab Utama Lelaki Selalu Curang”

  1. Pingback: 3 Tanda Lelaki Suka Dengan Kita - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: