3 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat ini akan berkongsi dengan anda semua sebab-sebab kita perlu berjimat cermat. Sebagai manusia dan juga pengguna kita perlu memahami kenapa amalan ini sangat penting.

Amalan yang positif ini amat penting kerana ianya dapat memberikan kesan yang besar dalam hidup seseorang. Sebagai orang yang lebih dewasa, sudah semestinya kita sudah diajarkan sejak dari kecil dan juga di bangku sekolah bahawa berjimat cermat merupakan amalan yang mulia untuk dilakukan.
Mari kita bersama-sama membaca artikel ini untuk mengetahui sebab-sebab kenapa kita perlu berjimat cermat.
Maksud Berjimat Cermat

Sebelum pergi lebih lanjut berkenaan dengan sebab-sebab perlu berjimat cermat. Mari admin terangkan kepada anda semua tentang maksud yang lebih terperinci berkenaan dengan amalan mulia ini.
Amalan berjimat cermat memunyai nama dan istilah yang lain iaitu berhemat. Perkataan ini selalu disalah gunakan oleh mereka yang tidak mengetahui. Ini kerana perkataan berhemat hampir sama dengan perkataan berhemah. Walaupun mempunyai bunyi yang hampir sama, tetapi kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berlainan.
Berhemah mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah perkataan yang menunjukkan sifat seseorang. Berhemah membawa maksud untuk menjelaskan sifat seseorang. Sifat tersebut ialah jujur atau mempunyai budi pekerti yang mulia dan tinggi.
Sementara perkataan berhemat juga digunakan untuk menerangkan sifat juga. Berhemah bermaksud berjimat cermat atau menyimpan wang anda.
Jangan silap guna perkataan lagi tau lepas ni.
Berjimat Cermat Membolehkan Kita Menabung
Mungkin istilah menabung sudah kurang digunakan pada hari ini. Kerana generasi hari ini lebih banyak menggunakan istilah menyimpan. Inilah yang dikatakan dengan peredaran zaman. Ketahulah bahawa menyimpan duit ini antara perkara yang penting dalam hidup kita. Lagi-lagi pada zaman sekarang.
Pasti ramai yang menyimpan hasrat untuk melakukan simpanan dari masa ke semasa. Ingatlah bahawa amalan menabung atau menyimpan duit ini juga antara amalan yang positif perlu ada dalam diri kita. Faedah daripada amalan ini ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting.

Terkadang pendapatan yang ada pada setiap bulan tidak mampu dan tidak cukup untuk menampung hal-hal kecemasan yang berlaku secara tiba-tiba. Antaranya ialah seperti anak sakit atau kereta riba-tiba rosak.
Duit yang kita simpan ini juga dapat digunakan untuk membeli barang atau dapat dijadikan sebagai deposit. Seperti seseorang yang ingin membeli rumah, maka dia boleh menggunakan duit simpanannya untuk membantu membayar duit muka atau dikenali sebagai deposit.
Dapat Mengurangkan Pembaziran
Pada zaman ini, dapat kita lihat orang yang hidup dalam keadaan yang membazir. Untuk mengelakkan hal ini terjadi, amalan berjimat cermat perlu dilaksanakan. Hidup dalam membazir hanya akan merugikan diri seseorang. Tiada manfaat yang bakal kita dapatkan malahan mudarat menanti.
Islam juga mengajarkan penganutnya untuk sentiasa berjaga-jaga agar tidak terjadinya pembaziran. Tapi tahukah anda gelaran orang yang membazir di dalam Islam? Allah mengatakan di dalam Al-Quran yang mulia bahawa orang-orang yang membazir ini adalah saudara syaitan. Persoalannya adakah kita mahu menjadi saudara syaitan?
Berjimat cermat ini akan membendung diri kita untuk berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Contohnya, kita dapat memotong kos untuk sarapan dan makan tengah hari jika membawa bekal dari rumah. Kita bukan sahaja dapat berjimat cermat malahan kita akan mengambil makanan yang lebih berkhasiat.

Kita juga perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk membeli apa-apa sahaja. Pada bulan ramadan pasti akan ada sahaja orang-orang yang membazir membeli makanan walaupun pelbagai lauk sudah tersedia di rumah. Duit yang sepatutnya membeli makanan ini dapat dijimatkan.
Berjimat Cermat Dapat Membentuk Disiplin Diri

Orang berjimat cermat ini akan mendapat bermacam-macam manfaat termasuk perkara positif yang satu ini. Kita akan mempunyai satu prinsip yang amat jelas untuk menjaga kewangan kita. Ini akan membentuk disiplin diri dan menjadikan kita seorang yang lebih matang.
Sifat berdikari juga akan terselah kerana mereka akan berusaha seorang diri untuk menyelesaikan sesuatu masalah kewangan tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain.
Itu sahaja untuk perkongsian pada kali ini. Diharapakan ianya akan menajdikan kita semua seorang yang lebih berjimat cermat pada masa hadapan.
Baca juga: