3 Khasiat Teh Hijau

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Teh Hijau

3 Khasiat Teh Hijau ini akan berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan teh hijau yang anda semua boleh amalkan dalam kehidupan seharian.

Negara kita ini terkenal dengan kayanya makanan dan minuman. Menu yang ada di Malaysia ini bukan sahaja menu tempatan, tetapi juga menu dari negara luar.

Begitu juga dengan teh hijau ini. Ianya bukan dihasilkan dari dalam negara. Teh hijau ini merupakan minuman yang tidak asing lagi buat rakyat di negara ini. Semua peringkat umur mengenal minuman yang satu ini.

Perkongsian pada kali ini adalah berkenaan dengan teh hijau herba. Bukannya tentang teh hijau yang biasa di jual di kedai-kedai hipster yang berwarna hijau.

Sejarah Teh Hijau

Seperti yang telah di nyatakan di atas, daun teh ini bukan berasal dari Malaysia. Origin atau tempat asal daun teh ini ialah daripada Negara China. Kemudian daun teh ini telah dibawa masuk ke negara Jepun terlebih dahulu. Daun teh ini berasal dari sejenis daun yang nama saintifiknya ialah camellia sinensis.

Setelah dibawa masuk negara Jepun barulah daun ini tersebar ke seluruh dunia. Daun ini mampu mendapat pasaran di seluruh dunia adalah kerana ianya dipercayai mempunyai khasiat yang banyak dan baik bagi tubuh badan manusia.

Bagi menyokong pernyataan ini, sekumpulan saintis dari negara matahari terbit tersebut telah melakukan uji kaji. Para saintis tersebut telah menjalankan kajian ke atas lebih 40 ribu penduduk di suatu kawasan di Jepun. Penduduk tersebut mengamalkan dengan meminum sebanyak 5 kali sehari.

Teh Hijau

Hasil dari perbuatan ini, kajian menunjukkan bahawa jangka hayat peminum teh hijau ini lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkannya.

Amalan untuk meminum teh hijau ini boleh diamalkan oleh semua peringkat umur tidak kira tua atau muda. Dengan buktin yang ada, teh ini mampu melindungi tubuh peminum dari serangan penyakit yang boleh memudaratkan badan kita. Penyakit-penyakit yang boleh membawa maut juga dapat dielakkan.

Anda disarankan mengambil teh ini dengan tidak meninggalkan diet pemakanan yang seimbang untuk kesan yang lebih optimum.

Mengelakkan Jangkitan Kuman Dengan Teh Hijau

Mesti ramai diantara kita yang masih belum mengetahui tentang fakta yang ini kan?

Ya benar penggunaan teh hijau ini mampu meningkatkan tahap imunisasi seseorang. Anda perlu minum dengan lebih kerap agar sistem imunisasi badan kita menjadi lebih kebal terhadap virus-virus yang boleh berjangkit.

Daun teh ini juga mempunyai catechin yang merupakan sebatian dalam daun ini yang mampu menjadi pelindung dari virus yang merbahaya. Catechin ini juga mampu melawan toksin yang dikeluarkan oleh mikrob.

Teh Hijau

Antara penyakit yang mampu dicegah dengan penggunaan daun teh ini ialah kulat, cirit birit, senak, disentri, kolitis, nafas berbau dan juga mencegah kerosakan gigi. Selesema dan batuk juga dapat dicegah.

Nutrien Yang Terkandung Dalam Teh Hijau

Ketahuilah bahawa daun teh ini tinggi dengan sel dan molekul dari kerosakan. Maka ianya dapat mencegah dari penyakit serta dapat melembabkan kulit kita semua. Daun teh ini juga digunakan dalam krim kecantikan. Kerana ianya mampu mencegha dari penuaan serta akan melembapkan kulit pengguna.

Saluran darah pengguna teh ini juga dikatakan boleh mengembang dengan baik. Ianya akan membantu pengecutan dengan pengembangan pada kadar yang betul.

Antioksidan juga antara elemen yang terdapat dalam daun teh ini. Kadar polifenol dalam teh ini apabila dikeringkan juga meningkat. Ia dikatakan meningkat sehingga 40% banyaknya. Kandungan polifenol yang tinggi ini mampu meneutralkan radikal bebas pada penggunanya.

Teh Hijau

Teh Hijau Boleh Kurus?

Jawapanya betul. Hal ini kerana teh hijau ini mampu membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Penggunaan daun teh ini mampu membantu penggunanya untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Maka pembakaran kalori dalam badan kita juga akan meningkat.

Namun mereka yang ingin menurunkan berat badan masih perlu menjaga pemakanan dan jangan lupa untuk bersenam serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha ini.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini, diaharapkan ianya membantu anda semua untuk mendapatkan ilmu yang baru.

Baca juga:

2 thoughts on “3 Khasiat Teh Hijau”

  1. Pingback: 3 Sifat Mazmumah Dalam Agama Islam - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 3 Ciri Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: