
3 Kelebihan Solat Berjemaah ini akan berkongsi dengan semua tentang kelebihan-kelebihan mengerjakan solat secara berjemaah.
Sebagai orang Islam, kita seharusnya memahami segala suruhan dalam agama. Kesemua suruhan ini ialah untuk menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik. Sudah pasti setiap yang bernyawa pasti ingin menjadi insan yang lebih baik sewaktu hidup di dunia.
Seperti di dalam Islam, kita diberikan perintah untuk sentiasa berubah menjadi yang lebih baik. Terdapat pelbagai amalan yang akan membantu kita untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik. Tingkatan seseorang Islam mempunyai beberapa tingkatan.
Suruhan Solat
Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan dengan kelebihan solat berjemaah, mari kita memahami dahulu apa itu solat. Sudah pasti sebagai seorang muslim kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang bab solat. Walaupun tidak banyak yang kita tahu, tetapi cukuplah sekadar kita mengetahui bab-bab asas tentang solat.
Di dalam Islam semua perkara didefinisikan dari segi bahasa dan dari segi istilah. Dari segi bahasa, solat ialah doa. Dan dari segi istilah solat ialah perbuatan yang didahului dengan takbir pengharaman atau lebih dikenali sebagai takbiratul ihram dan kemudiannya disudahi dengan salam.

Ramai di antara kita yang masih belum memahami maksud solat dari segi bahasa dan istilah seperti mana yang telah dinyatakan di atas. Disebabkan oleh ramai yang tidak memahami konsep ini, maka masih ramai yang meinggalkan solat.
Solat terbahagi kepada solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan rukun Islam yang ke-2 dari lima rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu dengan nama umum subuh, zuhur, asar, maghrib dan juga isya’. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi mereka untuk solat secara qasar dan jamak.
Kelebihan Solat Berjemaah Ialah Pahala Akan Dilipat Gandakan
Walau sesibuk manapun kita, cuba dan berusahalah untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Kita mungkin sibuk dengan perkara-perkara lain sehingga tidak dapat mengerjakan perkara ini.
Kita melihat solat secara berjemaah ini bukanlah perkara yang besar. Tetapi sekiranya kita mengetahui balasan yang bakal kita dapat, maka sudah pasti kita akan berebut-rebut untuk mengerjakannya. Apabila kita solat secara bersendirian, pahala yang bakal kita dapat hanyalah satu.
Berbanding dengan pahala solat berjemaah. Agak-agak ada yang boleh teka, berapa pahala solat berjemaah?

Solat yang kita dirikan secara berjemaah akan dilipat gandakan pahalanya. Tapi berapa banyak yang akan dilipat gandakan?
Pahala solat berjemaah akan dilipat gandakan sebanyak 27 kali berbanding pahala solat secara bersendirian.
Siapa yang tak nak pahala yang lebih kan. Hanya dengan mengerjakan solat berjemaah, kita sudah dapat mengumpul pahala yang banyak untuk dibawa sebagai bekal di alam kubur dan akhirat kelak.
Solat Berjemaah Akan Memberikan Kita Perlindungan Oleh Allah SWT
Sebagai insan yang lemah, kita perlu sentiasa memerlukan Sang Pencipta sebagai pelindung. Siapa sahaja di atas muka bumi ini tidak memerlukan bantuan dan perlindungan dari Allah SWT.
Kita akan selamat dunia dan akhirat jika sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Hidup kita akan sentiasa terjamin dan dipelihara walaupun ramai yang memusuhi kita.
Perlindungan yang Allah berikan ini adalah bersumberkan satu hadis dari Nabi Muhammad SAW:
“Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dariNya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah kepada Allah, seorang yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun keranaNya dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata: ‘Aku takutkan Allah’, seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya.”

Dari hadis ini kita dapat lihat bahawa solat berjemaah akan menjadikan kita sebagai orang yang sentiasa dalam keadaan beribadah dan hati kita akan sentiasa terpaut dengan masjid.
Solat Berjemaah Dapat Menaikkan Darjat Kita

Solat berjemaah bukan sahaja memberikan pahala yang banyak dan mendapat perlindungan Allah SWT. Solat berjemaah juga mampu menaikkan darjat kita di sisi Allah SWT.
Dalam hidup ini sudah pasti kita amat suka jika dinaikkan pangkat di tempat kerja. Bagaimana pula jika pangkat/darjat di sisi Allah diangkat.
Ini sudah pasti memberikan kita satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Kita pasti tidak akan menjadikan dunia sebagai matlamat hidup kita.
Sekian sahaja untuk penulisan pada kali ini. Admin harap penulisan ini dapat memberikan satu ilmu baru buat anda semua. Moga-moga kita menjadi insan yang lebih baik.
Baca juga: