3 Kelebihan Kurma Makanan Sunnah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
kelebihan kurma

3 Kelebihan Kurma Makanan Sunnah ini akan berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana makanan sunnah yang bernama kurma ini amat bagus untuk diambil sebagai makanan harian kita.

Kurma dikelaskan sebagai buah pada hari ini. Buah yang kelihatan coklat ini sebenarnya mengamdungi pelbagai khasiat yang akam memberikan manfaat kepada tubuh badan kita.

Sudah pasti sebagai seorang manusia yang bijak, kita akan memilih makanan yang tidak memudaratkan kesihatan badan kita. Allah SWT telah menciptakan kurma ini sebagai makanan untuk kita semua. Disamping memberikan kelebihan yang tersendiri kepada buah ini.

Kelebihan Kurma Hanya Di Bulan Ramadan?

Di Malaysia ini, buah kurma hanya terkenal pada bulan ramadan sahaja. Hal ini kerana kita sebagai masyarakat asia tidak biasa dengan buah yang dari timur tengah ini. Tetapi lain pula dengan masyarakat arab. Buah kurma ini merupakan makanan harian bagi mereka. Mereka akan mengambil buah kurma tanpa mengira masa.

kelebihan kurma

Ini merupakan satu amalan yang patut kita contohi. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Dengan kelebihan kurma ini, kita sepatutnya mengambil buah yang penuh dengan barakah ini pada setiap hari.

Mari Kenali Buah Kurma

kelebihan kurma

Buah kurma ini pada kebiasaanya berbentuk lonjong. Terkadang ada juga buah kurma yang berbentuk bujur. Warna, saiz dan bentuk buah kurma ini bergantung pada jenis dan spesis buah kurma itu sendiri. Bagi bahagian tekstur buah kurma pula. Ianya ada yang kering dan ada juga yang kita boleh dapati dalam bentuk yang masih segar.

Rasa setiap buah kurma juga berbeza. Kebiasaanya buah kurma ini semuanya manis-manis belaka. Rasa buah kurma yang masih segar dah yang telah kering juga amat berbeza. Buah kurma yang telah kering lebih manis berbanding buah kurma segar.

Berikut merupakan beberapa jenis buah kurma yang terkenal. Antaranya ialah ajwa, medjoul, mabroom dan banyak lagi. Kurma segar mempunyai warna kemerah-merahan atau kuning dan apabila dipetik, buah ini agak keras, mempunyai kandungan air yang tinggi dan gula ringkas seperti fruktosa dan dekstros. . Oleh itu, pengeringan kurma boleh mengurangkan jumlah air yang tinggi dan meningkatkan keupayaan penyimpanan.

Kelebihan Kurma Ialah Makanan Yang Sihat

kelebihan kurma

Seperti di pendahuluan penulisan ini, kurma adalah salah satu makanan yang sangat menyihatkan untuk tubuh badan kita semua. Kurma juga mempunyai kandungan nutrisi yang sangat tinggi untuk tubuh kita. Itulah kelebihan kurma yang ajaib ini.

Secara umumnya semua buah-buah segar yang dikeringkan mempunyai nilai kalori yang tinggi. Begitu juga dengan buah kurma ini. Kandungan kalori buah kurma yang dikeringkan adalah tinggi dan sama seperti buah tin dan kismis.

Kalori yang tinggi dalam buah kurma ini berasal dari punca karbohidrat yang tinggi di dalamnya. Manakala kandungan protein dalam kurma adalah sangat rendah berbanding dengan kandungan karbohidratnya. Buah kurma juga mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tersendiri.

Anggaran nutrien untuk setiap 90 gram kurma:

  • Kalori: 265.
  • Karbohidrat: 63 gram.
  • Serat: 6 gram.
  • Protein: 2 gram.
  • Kalium (potassium): 18% daripada RDI.
  • Magnesium: 12% daripada RDI.
  • Tembaga: 16% daripada RDI.
  • Mangan: 13% daripada RDI.

Kelebihan Kurma Mempunyai Serat Yang Tinggi

Serat juga amat diperlukan oleh badan dalam makanan harian yang kita ambil pada setiap hari. Pengambilan serat yang mencukupi adalah amat perlu. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari makanan yang tinggi dengan seratnya.

Serat diperlukan oleh badan kita untuk sistem pencernaan kita agar dapat mencegah dari sembelit. Ianya menggalakkan pergerakan usus yang kerap dan menyumbangkan kepada pembentukan najis kita.

Dengan mengambil 90 gram kurma, maka anda sudah mendapatkan kira-kira 6 gram serat pada setiap hari. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, serat merupakan antara perkara penting yang perlu diambil.

Kelebihan Kurma Dapat Meningkatkan Kesihatan Otak

Sebuah kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan kurma ini dapat menurunkan penanda radang di otak. Sebuah kajian yang diajlankan kepada haiwan yang mengambil kurma sebagai makanan menunjukkan kurma dapat membantu mengurangkan aktiviti yang boleh menyebabkan pembentukan plak di otak mereka.

Satu kajian yang dijalankan kepada tikus makmal. Tikus-tikus makmal ini diberikan makanan yang dicampurkan dengan kurma. Kelakuan mereka juga berubah setelah mengambil buah ini. Ingatan tikus-tikus ini menjadi lebih tajam dan ianya mampu memberikan keupayaan untuk mereka belajar.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: