3 Faktor Berlakunya Banjir

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Banjir

3 Faktor Berlakunya Banjir akan memberikan ilmu baru untuk anda semua. Penulisan ini akan memberi ilmu kepada anda semua, terutamanya kepada mereka yang selalu menghadapi musibah ini.

Negara kita terletak di garisan khatulistiwa. Maka iklim di negara kita ialah panas dan lembap sepanjang tahun. Kita juga merupakan sebuah negara yang dikelilingi laut. Jadi kejadian ini sering melanda kita semua.

Punca Banjir

Banjir disebabkan oleh banyak faktor atau gabungan mana-mana faktor yang berikut. Iaitu hujan lebat, salji cair dengan cepat, angin kuat di atas air, air pasang surut yang tinggi, tsunami, atau kegagalan empangan. Faktor lain seperti tambak, kolam retensi atau struktur lain yang menakung air juga boleh menyebabkan terjadinya banjir.

Banjir boleh diburukkan lagi oleh peningkatan jumlah permukaan yang tidak menentu atau oleh bahaya semula jadi lain seperti kebakaran hutan luar kawal, yang mengurangkan bekalan tumbuh-tumbuhan yang dapat menyerap air dari hujan. Ketika hujan, sesetengah air bertakung di kolam atau tanah, ada yang diserap oleh rumput dan tumbuh-tumbuhan. Ada juga air hujan yang terwap, dan selebihnya mengalir di tanah sebagai aliran permukaan.

Banjir berlaku apabila kolam, tasik, sungai, tanah, dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap semua air. Air kemudian mengalir di atas tanah dalam kuantiti yang tidak boleh dibawa dalam saluran aliran atau ditakung di kolam semulajadi, tasik, dan takungan buatan manusia.

Banjir

Banjir sungai sering disebabkan oleh hujan lebat, kadang-kadang diburukkan lagi oleh dengan salji cair. Banjir yang naik dengan cepat, dengan tanpa amaran, dinamakan banjir kilat. Banjir kilat biasanya disebabkan oleh hujan lebat di kawasan yang agak kecil, atau jika kawasan tersebut telah tepu dari hujan sebelumnya.

Memelihara Hutan Dapat Membantu Mengelakkan Banjir

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air.

Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mendalamkan Sungai Kita

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulusungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa,kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Banjir

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Majukan Sistem Perparitan Malaysia

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. Rasanya semua orang tahu bahawa parit di Malaysia ini sering mengalami masalah kerana sering tersumbat.

Tersumbat adalah disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat kita yang suka membuang sampah sarap ke dalam longkang atau parit yang berdekatan. Semua pihak haru bekerjasama dalam membuang tabiat buruk ini daripada diri mereka.

Parit atau longkang yang tersumbat ini hanya akan mendatangkan kemudaratan kepada kita juga sebagai manusia. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungaisentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Aktiviti Manusia Perlu Dikawal

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini,kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif initidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharapkan penulisan ini akan membantu anda semua mengelakkan bencana banjir di kawasan anda semua.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: