3 Ciri Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Pelajar Cemerlang

3 Ciri Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang ini sesuai untuk para pelajar di luar sana untuk dibaca dan dijadikan rujukan. Penulisan ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah, tetapi juga kepada para pelajar-pelajar universiti.

Tahap kepandaian manusia itu berbeza-beza mengikut setiap orang. Namun begitu, kita masih boleh berusaha untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Anda semua perlu ingat bahawa usaha itu tangga kejayaan. Walaupun anda secara semulajadi pandai, tetapi tidak berusaha juga tidak akan berjaya jua.

Sifat Pelajar Cemerlang

Bagi pelajar yang beragama Islam, mereka perlu mempunyai sifat sebagai seorang yang bertakwa. Berdoa dan memperuntukkan masa untuk mengingati Allah. Semua kewajiban terhadap agama hendaklah dipenihi bagi menjamin kita mendapat keredhaan Allah. Berdoalah memohon kesenangan dan kalancaran dalam mencapai kejayaan serta berdoa juga agar dikurniakan kecerdasan otak yang lebih. Otak yang dikurniakan Tuhan kepada makluk-makluknya adalah sama. Sebarang kelebihan adalah datangnya dari Allah.

Para pelajar juga perlu mempunyai semangat yang kuat. Dengan kata lain pelajar itu mempunyai semangat untuk berjaya. Semangat boleh dipupuk dengan adanya cita-cita. Cita-cita boleh meransang diri murid itu untuk lebih berusaha dan berkeyakinan dalam menempuh rintangan untuk berjaya. Oleh itu tetapkanlah matlamat atau cita-cita anda dengan jelas dan berusahalah untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh.

Pelajar Cemerlang

Berdisiplin juga perlu dalam diri setiap pelajar. Disiplin adalah faktor yang sangat penting untuk berjaya. Setiap murid hendaklah mengikut peraturan serta menghormati ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua serta rakan-rakan. Sedarkah anda bahawa individu-individu ini adalah orang yang mendorong anda untuk berjaya. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka, kerana restu dan doa mereka, anda sebagai seorang murid akan mencapai kejayaan yang anda. Jadilah orang yang berdisiplin.

Anda juga perlu sentiasa maju kehadapan. Sentiasa berusaha untuk berada di hadapan orang lain atau menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik dengan cara yang sihat, tanpa menjatuhkan standard orang lain. Dalam aspek ini sifat cemburu pada kejayaan orang lain boleh menjadi peransang kepada seorang murid untuk membaiki diri, seterusnya bersaing secara sihat dikalangan masing-masing demi untuk mengatasi yang lain.

Pelajar cemerlang perlu menjauhi sifat cemburu. Kadang-kadang sifat cemburu boleh membawa kepada hasad dengki, lalu menimbulkan niat untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang salah. Elakkan berperasaan begini. Anda hendaklah sentiasa bersifat terbuka dalam mewujudkan suasana persaingan yang positif.

Ciri Pelajar Cemerlang Ialah Menumpukan Perhatian Semasa Belajar

Pelajar Cemerlang

Sudah pasti seorang pelajar yang ingin berjaya akan memberikan fokus 200% sewaktu gurunya sedang mengajar. Mereka ini akan menumpukan perhatian setiap kali ada guru yang sedang mengajar. Walaupun mereka sudah mengenai perkara yang ingin diajar mereka akan tetap fokus.

Bagi mereka yang menghadapi kesukaran dalam memahami pelajaran, maka inilah amalan yang sepatutnya anda amalkan. Kerana anda akan mudah memahami sesuatu subjek dengan bantuan guru yang mengajar sewaktu di dalam kelas.

Kita pernah digemparkan dengan kejayaan Nik Nur Madihah. Salah satu tips kejayaan beliau adalah dengan memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Percayalah para pelajar sekalian, bahawa dengan menumpukan perhatian kepada pengajaran guru anda setiap hari, akan memudahkan proses menguasai ilmu untuk menjadi pelajar cemerlang.

Menyiapkan Tugasan Amalan Pelajar Cemerlang

Ciri yang satu ni mesti ramai yang yang terlepas pandang dan jarang lakukan. Tetapi jikalau kita teliti kembali, ramai top student yang akan menyiapkan kerja rumah mereka tepat pada waktunya.

Mereka ini akan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh para guru. Kerja rumah ini akan mampu untuk membantu murid-murid agar lebih faham tentang pelajaran tersebut.

Rajin Membaca Adalah Ciri Pelajar Cemerlang

Pelajar Cemerlang

Untuk mengasah otak kita, kita perlu banyak membaca.

Kita perlu tahu bahawa membaca itu merupakan kunci untuk berjaya. Anda bukan sahaja perlu membaca buku teks, tetapi nota-nota tambahan yang diberikan juga boleh dijadikan bahan bacaan.

Tidak lupa juga surat khabar yang mampu menjadikan seseorang pelajar itu peka dengan isu semasa.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: