3 Ciri Ikhlas Yang Kita Perlu Amalkan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

3 Ciri Ikhlas Yang Kita Perlu Amalkan ini akan berkongsi dengan anda semua tentang perkara yang amat penting dalam kehidupan seseorang manusia apatah kepada seorang muslim.

ciri ikhlas

Ikhlas adalah salah satu rahsia hati yang tidak akan bisa diketahui siapapun kecuali Allah SWT, bahkan Ikhlas berada pada permulaan amal kita, sebab amal kita hanya diterima bila ada rasa ikhlas terhadap apa yang kita lakukan.  Maksud ikhlas disini adalah menghendaki keredaan Allah dengan sesuatu amalan yangt kita kerjakan, membersihkan amal kita daripada mendapat perhatian manusia ataupun kepentingan duniawi.

Amal yang kita lakukan hanya akan diterima oleh Allah jika memenuhi dua rukun atau syarat sah amal. Pertama, amal itu harus didasari oleh keikhlasan dan niat yang murni dan hanya mengharap keridhaan Allah SWT. Kedua, amal perbuatan yang kita lakukan itu harus sesuai dengan sunnah Nabi SAW.

Ciri Ikhlas yang Pertama Ialah Takut Dikenali Ramai

ciri ikhlas

Dapat kita lihat pada hari ini bahawa ramai yang ingin menjadi popular di dunia realiti. Dengan kehadiran aplikasi-aplikasi sosial media, maka perkara ini menjadi lebih mudah untuk dikecapi. Tapi sedarkah kita semua bahawa menjauhkan diri daripada dikenali orang ramai merupakan ciri ikhlas yang selalu dipandang remeh.

Imam Ibnu Syihab Az-Zuhri berkata, “Sedikit sekali kita melihat orang yang tidak menyukai kedudukan dan pangkat tinggi dalam hidupnya. Seseorang itu boleh menahan diri dari makanan, minuman, dan harta, namun ia tidak sanggup menahan dirinya daripada mimpi untuk mendapatkan kedudukan.

Bahkan, seseorang sudah pasti tidak malu untuk merebutnya meskipun harus mengkhianati kawan atau lawan. Imam Ibnu Syihab juga berkata bahawa tidak hairan jika para ulama salaf banyak menulis buku tentang larangan untuk menjadi terkenal, mencintai pangkat kerana ianya bukan sebahagian dari ciri ikhlas.

ciri ikhlas

Peringatan para ulama berkaitan dalam hal ini bukanlah menyuruh untuk kita menjauhkan diri daripada masyarakat atau dikenali dengan istilah uzlah. Peringatan mereka adalah untuk mengingatkan kita bahawa, kita perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersiap sedia supaya tidak dijerat oleh hawa nafsu sendiri yang teringin mendapatkan pujian daripada pangkat atau kuasa yang kita miliki.

Mengakui Banyak Kekurangan Termasuk Ciri Ikhlas

Sebagai manusia yang lemah. Kita perlu sedar bahawa kita terdapat banyak kekurangan yang perlu diakui. Kita tidak boleh menganggap bahawa kita sudah cukup atau sempurna dari semua sudut. Ciri ikhlas ini perlu ada pada setiap manusia yang ingin mancapai keikhlasan. Mereka harus selalu merasa diri mereka memiliki banyak kekurangan.

Kita harus berasa rendah diri dan selalu beringat bahawa kita belum melakukan semaksimum yang kita mampu untuk beribadah kepada Allah. Perasaan yang kita perlu hindarkan ialah rasa ujub yang membuatkan kita merasa diri kita lebih baik dari orang lain ini perlu dihindarkan dari hati kita.

ciri ikhlas

Untuk mengelakkan rasa ujub timbul di dalam diri kita ini, kita perlu mengahdirkan rasa cemas atau tidak berpuas hati dengan amal yang kita lakukan. Maka dari situ kita akan terus sibuk untuk memperbaiki diri sendiri dan akan menghiraukan orang lain.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW  tentang maksud firman Allah SWT: “Dan orang-orang yang mengeluarkan rezeki yang dikaruniakan kepada mereka, sedang hati mereka takut bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.” Apakah mereka itu orang-orang yang mencuri, orang-orang yang berzina, dan para peminum minuman keras, sedang mereka takut akan siksa dan murka Allah ‘Azza Wa Jalla? Rasulullah SAW menjawab, “Bukan, wahai Putri Abu Bakar. Mereka itu adalah orang-orang yang rajin shalat, berpuasa, dan sering bersedekah, sementera mereka khawatir amal mereka tidak diterima. Mereka bergegas dalam menjalankan kebaikan dan mereka orang-orang yang berlumba-lumba.”

Kesabaran Ialah Sebahagian Daripada Ciri Ikhlas

Allah sudah berjanji bahawa kita manusia akan diuji dan terus dijui. Kita menyempitkan pemikiran kita bahawa ujian yang didatangkan hanyalah dalam bentuk musibah sahaja. Tetapi kita lalai bahawa nikmat yang diberikan oleh Allah juga merupakan ujian kepada kita semua.

ciri ikhlas

Kita perlu menguatkan diri kita dalam ujian Allah dengan mengharapkan keredaannya. Kesabaran tidak boleh dijual beli. Ianya perlu didapati daripada keimanan yang utuh kepada ketuhanan Yang Mahab Esa iaitu Allah SWT. Jikalau keimanan yang kita miliki tidak teguh dah rapuh maka sudah pasti kesabaran kita tidak mampu untuk membentuk kita menjadi orang yang penyabar menempuhi segala ujian Allah SWT.

Sekian sahaja perkongsian mengenai ciri ikhlas yang perlu ada pada diri setiap kaum muslimin.

Baca juga:

2 thoughts on “3 Ciri Ikhlas Yang Kita Perlu Amalkan”

  1. Pingback: 3 Adab Kepada Ibu Bapa - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 3 Cara Melembutkan Hati Anak - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: