3 Cara Utama Menurunkan Berat Badan Anda ini akan berkongsi ilmu pengetahuan yang baru untuk anda amalkan. Anda juga boleh berkongsi artikel ini dengan mereka yang memerlukan panduan dalam menurunkan berat badan.

Sudah pasti hampir setiap manusia ingin mempunyai bentuk badan yang ideal. Selalunya mereka yang berbadan besar yang akan ada pemikiran yang sebegini.
Mereka yang kurus pula akan mempunyai hasrat untuk menaikkan berat mereka. Semuanya tetap perlu untuk berpandukan pengiraan BMI untuk dijadikan panduan.
Sebab Kenapa Perlu Menurunkan Berat Badan
Setiap perkara pasti akan mempunyai sebab. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai hasrat untuk menurunkan berat badan. Kita gemuk kerana dadan kita telah dipenuhi dengan lemak. Dengan lemak yang banyak ini, badan seseorang akan akan lebih mudah untuk mendapat penyakit-penyakit yang kronik.
Sebagai umat Islam sudah pasti kita ingin melakukan ibadah harian dengan mudah. Cuba bayangkan kita mempunyai badan yang besar. Ibadah harian kita akan menjadi lebih susah berbanding dengan orang yang lebih kurus. Bagi mereka yang berbadan besar itu, sudah pasti dengan menurunkan berat badan ibadah harian akan dapat dijalankan dengan lebih khusyuk dan tenang.

Anda sudah pasti mengalami masalah kurang keyakinan diri apabila berbadan besar. Ramai juga di antara kita semua mengalami masalah yang serupa apabila mempunyai bentuk badan yang besar atau gemuk ini Percayalah dengan menurunkan berat badan anda akan dapat meningkatkan keyakinan diri anda sendiri di tempat awam ataupun bersama orang-orang yang anda kenal.
Banyak kebaikan yang boleh anda peroleh jika memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing. Jadi, adakah anda ingin membiarkan tubuh anda terus membesar dan berada dikalangan mereka yang obesiti yang mana terdedah dengan pelbagai risiko penyakit?
Jawapan di tangan anda. Sekiranya anda buntu untuk menurunkan berat badan, anda boleh cuba dapatkan konsultansi daripada mereka yang pakar seperti di klinik swasta ataupun kerajaam. Anda juga boleh hubungi coach pemakanan untuk dapatkan pandangan dan cadangan berkaitan makanan kesihatan yang sesuai untuk menurunkan berat badan anda.
Kuasa Minda Dapat Menurunkan Berat Badan

Bila bercakap tentang kuasa minda pasti anda semua terbayang akan adiwira-adiwira yang dapat mengawal sesuatu hanya dengan menggunakan minda sahaja. Bukan itu yang admin ingin sampaikan kepada anda semua. Kuasa minda di sini adalah berkenaan dengan mindset kita dalam perkara ini.
Jika anda hanya mempunyai niat di hati sahaja untuk kurus tetapi tidak setkan perkara ini di minda anda. Maka anda telah melakukan satu kesilapan yang amat besar. Apa pun perkara yang kita ingin lakukan maka mindset perlu kita setkan terhadap perkara tersebut.
Seperti pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan yang besar. Mereka juga mengset minda mereka untuk mengecapi kejayaan yang cemerlang. Kita semua perlu mempunyai tujuan yang jelas dan menanamkan matlamat yang jelas. Kita tidak akan berjaya jika tidak mempunyai mindset yang jelas dalam apa pun perkara yang kita lakukan.
Memahami Konsep Kalori Dapat Membantu Menurunkan Berat Badan
Ramai kan yang tak faham tentang konsep kalori? Jika anda ingin mempunyai bentuk badan yang ideal, maka anda perlu memahami tentang pengambilan kalori. Pengambilan kalori ini sebenarnya telah diajarkan sejak dari bangku sekolah lagi di bawah subjek sains.
Jumlah kalori yang diperlukan oleh setiap orang itu berbeza-beza. Tidak semua orang memerlukan jumlah pengambilan kalori yang sama. Anda perlu mengetahui jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda. Kita tidak boleh mengambil kurang daripada apa yang diperlukan oleh badan. Kerana anda akan sering berasa lapar dan akan menyebabkan anda makan lebih banyak.

Jika anda mengambil lebih daripada yang sepatutnya, maka anda akan menyebabkan kalori yang lebih itu tidak digunakan. Jumlah kalori yang tidak digunakan ini akan ditukar menjadi lemak dalam badan anda semua.
Kawal Kuantiti Makanan Anda
Inilah perkara yang dapat anda amalkan. Mengawal kuantiti pengambilan anda. Ramai orang yang sekali makan akan mengambil makanan dengan banyak. Anda akan merasakan perubahan yang ketara jika melakukan hal ini.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dengan kerap tetapi dengan jumlah kuantiti yang sedikit.
Baca juga: