
3 Cara Utama Menjaga Maruah Diri ini akan berkongsi dengan anda semua untuk menjaga maruah diri. Sudah semestinya kita sebagai manusia ingin sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.
Dalam kehidupan seharian kita di Malaysia ini, maruah dikenali sebagai ‘harga diri seseorang’.
Tahukah anda bahawa Islam telah memberi kita garis panduan yang lebih tepat mengenai makud maruah ini. Maruah dari sudut Islam ialah kebaikan, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang manusia itu. Maruah ini juga sebenarnya bukan hanya untuk mencerminkan individu. Tetapi juga untuk mencerminkan kumpulan dan juga sesuatu bangsa.
Dan ingatlah bahawa maruah diri penting kerana jika berperilaku seperti orang yang tiada maruah maka, kita akan dianggap seperti tiada harga diri. Tiada kemuliaan dan kita akan terus dipandang hina oleh orang sekeliling kita.
Kepentingan Menjaga Maruah Diri
Ramai anak muda pada hari ini yang masih tidak memahami kepentingan untuk menjaga maruah. Akibat daripada malasnya menuntut ilmu untuk memahami perkara ini, maka mereka dengan sewenang-wenangnya menjerumuskan diri dalam pelbagai kancah yang merosakkan maruah diri mereka sendiri.
Sebagai seorang muslim yang bijak kita harus menjaga diri kita berserta dengan harga diri kita. Perbuatan-perbuatan yang dapat mencemarkan nama baik kita harus dihindari. Teruskan istiqomah dalam menjaga nama baik kita walau di mana kita berada.

Para cendiakawan Islam juga ada menyatakan bahawa umat Islam ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Iaitu mereka yang kembali kepada Al Quran dan As Sunnah. Umat yang kembali kepada dua sumber ini akan terpelihara daripada pelbagai unsur yang negatif.
Cara Berpakaian Dapat Menjaga Maruah Diri
Untung kita menjadi umat Islam, kerana semuanya telah Allah aturkan untuk kita. Sebagai umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan, kita amat disuruh untuk menjaga pakaian kita. Bahkan perkara ini bukanlah perkara sunat tetapi wajib bagi setiap muslim yang sudah baligh.
Kewajipan menutup aurat ini adalah untuk menjaga maruah diri kita. Pakaian seorang muslim ialah pakaian yang menutup aurat.

Aurat lelaki ialah dari pusat hingga ke lututnya. Bagi perempuan pula ialah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun nabi telah mengingatkan kita bahawa umat akhir zaman berpakaian tetapi berbogel. Ini merupakan kiasan untuk mereka yang memakai pakaian yang tidak patuh syariah.
Iaitu mereka yang memakai pakaian yang ketat, dan jarang.
Kita juga diingatkan untuk memakai pakaian bersih dan juga kemas. Mengikuti perkara ini akan mendatangkan pahala bagi kita. Kita juga dilarang untuk memakai pakaian yang mempunyai lambang yang tertentu. Lambang yang dimaksudkan di sini ialah lambang agama lain atau lambang-lambang ajaran sesat.
Cara Pergaulan Benteng Maruah Diri
Ini merupakan antara perkara yang penting apabila kita ingin menjaga kehormatan diri kita apabila bertemu dengan orang lain. Antara perkara utama yang perlu kita lakukan apabila bergaul dengan orang lain ialah memberi ucapan salam. Ucapan salam ini disunnahkan untuk diucapkan kepada orang yang kita kenal dan juga kepada mereka yang tidak kenal.
Seterusnya, kita harus menghormati orang lain di samping menunjukkan perasaan ramah mesra kepada mereka. Kerana Islam sangat menuntut kita untuk menunjukkan sifat beramah mesra dengan orang lain. Kita disuruh untuk bergaul dengan siapa pun tanpa mengira peringkat umur.\
Antara cara pergaualan yang betul adalah menjaga rahsia dan aib seseorang. Mungkin ada sahabat kita yang merasa selesa untuk berkongsi rahsia mereka dengan kita. Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk menjaganya dengan sebaik mungkin.
Percakapan Menggambarkan Maruah Diri
Bagi orang yang normal, kita akan berkomunikasi dengan manusia yang lain menggunakan percakapan. Sudah semestinya lenggok bahasa yang perlu kita gunakan adalah lenggok yang benar mengikut situasi. Orang Melayu amat terkenal dengan penggunaan gaya bahasa yang sopan santun.
Tidak lupa juga yang kita diingatkan untuk mendiamkan diri apabila tiada percakapan yang baik yang ingin dilontarkan.
Sekian sahaja untuk perkongsian pada kali ini. Diharapkan ianya membantu anda semua menjadi insan yang lebih baik.
Baca juga:
1 thought on “3 Cara Utama Menjaga Maruah Diri”
Pingback: 3 Faktor Berlakunya Banjir - Baitul Taaruf