
3 Cara Menjaga Mata Bahagian 1 ini akan berkongsi dengan anda semua berkenaan penjagaan mata yang anda semua boleh amalkan. Diharapkan anda semua dikurniakan penglihatan dan mata yang sihat untuk digunakan.
Menjaga kesihatan mata adalah sama pentingnya dengan menjaga kesehatan organ atau bahagian tubuh yang lainnya. Terlebih lagi mata merupakan salah satu di antara bahagian tubuh yang sangat mudah terkena dengan sebarang masalah.
Mari Kita Menjaga Mata

Pada zaman sekarang ini, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan peningkatan risiko mata terkena penyakit. Khususnya mata rabun. Satu di antara penyebabnya ialah kerana terlalu banyak melihat skrin layar komputer dan HP.
Kita tidak dapat nafikan bahawa gadget-gadget ini amat penting buat masa sekarang. Tetapi kita juga perlu mengetahui bahawa gadget-gadget ini mempunyai kesan radiasi yang akan menyebabkan mata kita pedih atau kerengsaan pada mata. Jika kondisi tersebut tidak segera ditangani atau cenderung dibiarkan, gangguan pada mata akan menjadi ancaman yang harus kita hadapi.
Ramai orang pada hari ini mengalami masalah yang boleh dikatakan sebagai masalah yang biasa atau ‘common’. Mereka merungut bahawa penglihatan mereka kabur atau semakin kurang jelas. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh mereka yang sudahpun berumur tetapi juga golongan muda dan remaja juga menghadapi masalah yang sama.
Tanda seperti penglihatan kabur ini menunjukkan kita mempunyai masalah rabun. Kita perlu menjaga mata sejak dari usia muda lagi, kerana apabila tua ianya akan menjadi lebih parah.

Bersukan Dapat Menjaga Mata Kita
Kita sentiasa diingatkan supaya bersukan secara rutin agar mendapatkan kesihatan badan yang maksimum. Ketahuilah bersukan dan latihan fizikal ini bukan sahaja dapat menjaga kesihatan tubuh badan serta membina otot. Ianya juga dapat mempengaruhi kesihatan mata kita.

Bersukan ini membantu menjaga kesihatan mata kerana ianya boleh mencegah penyakit-penyakit kronik yang akan memudaratkan mata kita. Penyakit-penyakit kronik ini akan menjejaskan kesihatan badan secara keseluruhannya. Penyakit tersebut ialah diabetes, hipertensi, dan kolesterol.
Pemakanan Yang Sihat Dapat Menjaga Mata
Kita juga sentiasa diingatkan agar menjaga kesihatan dengan menjaga pemakanan selain dari bersukan secara rutin.
Apapun makanan yang kita makan pada setiap hari akan memberikan impak pada kesihatan tubuh kita. Ia akan berikan kesan kepada kesihatan organ tubuh, kulit, otak, dan mata.
Oleh sebab itu, untuk menjaga kesihatan mata, kita juga harus memperhatikan makanan yang kita makan pada setiap hari.
Memperbanyakkan makan buah dan sayur kerana ianya merupakan pilihan yang paling baik dan bijak. Selain itu, jangan lupa untuk seimbangkan pengambilan gizi harian kita dengan lemak sehat dan juga protein.
Pengunaan Cermin Mata Dapat Menjaga Mata
Bukan sahaja orang yang mengalami masalah rabun sahaja memerlukan penggunaan cermin mata. Tetapi cermin mata juga diperlukan dalam usaha untuk menjaga mata. Yang dimaksudkan dengan penggunaan cermin mata adalah pada kondisi tertentu. Di sini adalah, ketika berada di luar ketika melakukan aktiviti ‘outdoor’ dengan paparan sinar matahari yang menyengat. Maka amat disarankan untuk menggunakan cermin mata.

Ramai di antara kita yang menggunakan cermin mata sebagai gaya pada hari ini. Tetapi ramai yang alpa bahawa cermin mata dapat menjaga mata dari terkena katarak dan dapat menghindar dari kerosakkan retina mata kita.
Kurangkan Penggunaan Kanta Lekap
Penggunaan soft contacts atau kanta lekap adalah termasuk sebahagian daripada bab menjaga mata. Ramai yang menggunakan kanta lekap sebagai pengganti kepada cermin mata. Ini merupakan satu pilihan yang wajar kerana cermin mata pada kebiasaanya akan mudah patah dan rosak.
Tidak kurang juga mereka yang menggunakan kanta lekap sebagai alat kosmetik. Kerana kanta lekap ini mempunyai pelbagai rupa dan warna. Pemakainya akan kelihatan lebih cantik.

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian dalam pemakaian kanta lekap ialah kebersihan kanta lekap mata kita sangat penting. Hal ini kerana, kanta lekap kita akan menyebabkan kegatalan pada mata apabila tidak dirawat dengan benar. Atau cara terbaiknya ialah dengan mengurangi pemakaian kanta lekap.
Baca juga:
1 thought on “3 Cara Menjaga Mata”
Pingback: 3 Cara Kurangkan Kolesterol Dalam Badan - Baitul Taaruf