3 Cara Menjaga Kebersihan Sungai Kita

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
menjaga kebersihan sungai

3 Cara Menjaga Kebersihan Sungai Kita ini akan berkongsi dengan para pembaca semua berkenaan dengan bagaimana kita boleh menjaga sungai-sungai yang masih ada. Terutamanya sungai-sungai yang berada di Malaysia pada hari ini.

Kita dapat lihat bahawa sungai merupakan satu keindahan alam yang sangat cantik. Sang Pencipta telah menjadikan sungai sebagai tempat untuk manusia beriadah. Oleh itu kita sepatutnya menggunakan sungai dengan baik tanpa merosakkannya.

Menjaga kebersihan sungai ini adalah amat penting. Kerana jika tidak dijaga sekarang, maka anak dan cucu kita di masa hadapan mungkin tidak akan dapat merasai keindahan sungai lagi.

Sungai

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut berkenaan dengan cara menjaga kebersihan sungai, mari kita bersama-sama memahami apa itu sungai. Kerana masih banyak di antara kita pada hari ini tidak memahami berkenaan dengan sungai.

Untuk pengetahuan anda semua, sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber air dalam sungai mempunyai dua sumber. Iaitu dari tasik atau pun sumber mata air. Mulut atau juga dikenali sebagai hujung sungai yang berada di sebelah laut dikenali sebagai muara. Manakala untuk punca air sungai, ia dikenali sebagai ulu sungai.

menjaga kebersihan sungai

Pada kebiasaanya kita dapat bahawa sungai itu terbatas dan dapat dilihat hanya satu saluran sahaja. Sungai terdiri daripada dasar sungai, dua tebing di kiri dan kanannya. Sebuah sungai biasanya adalah gabungan daripada beberapa buah anak sungai kecil. Istilah untuk anak-anak sungai kecil ini ialah ‘stream’.

Kesedaran Untuk Menjaga Kebersihan Sungai

Kesedaran ini patut bermula dalam diri setiap individu. Pada peringkat permulaan, kesedaran ini akan bermula dengan seorang individu. Tetapi lama-kelamaan ianya akan berkembang hingga satu-satu kelompok masyarakat juga akan mula sedar.

Menjaga kebersihan sungai ini bukanlah tugas individu. Ianya memerlukan dan akan melibatkan banyak pihak dalam usaha ini. Kita mungkin tidak akan akan mampu untuk bergerak secara solo (seorang diri).

menjaga kebersihan sungai

Tetapi apabila kita sudah mula mempunyai kesedaran, maka kita terlebih dahulu boleh mengajak ahli keluarga dan kawan-kawan yang terdekat untuk bersama-sama menjaga kebersihan sungai di kawasan kita.

Tiada apa yang mustahil untuk melakukan perkara yang baik. Tetapi ianya mungkin akan mengambil masa. Kerajaan juga perlu campur tangan dalam hal-hal menjaga kebersihan sungai kita.

Kutipan Cukai Dapat Menjaga Kebersihan Sungai

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapakah kutipan cukai dapat menjaga kebersihan sungai kan?

Kutipan cukai ini adalah untuk usahawan-usahawan yang membuka tempat peranginan berdekatan sungai hingga sungai menjadi daya tarikan di situ. Kita juga dapat lihat pada masa sekarang ini, bahawa pusat-pusat peranginan yang berkonsepkan alam atau sungai ini mendapat permintaan yang tinggi.

Sungai-sungai di Malaysia banyak serta cantik-cantik. Maka ianya ditukarkan untuk menjadi daya tarikan pelancong, sama ada dari dalam atau luar negara. Tetapi malangnya, sungai-sungai ini menjadi mangsa daripada sikap-sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.

menjaga kebersihan sungai

Sesetengah pengusaha pusat peranginan mengambil berat dengan menjaga kebersihan sungai di tempat mereka. Mereka ini sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk terus menjaga sungai tersebut.

Tetapi ada juga yang hanya membiarkan keadaan sungai di tempat mereka tidak terurus dan terabai. Mereka menggunakan alasan bahawa para pengunjung yang seharusnya menjaga kebersihan sungai di situ.

Maka jalan penyelesaian yang terbaik adalah, para pengusaha ini dikenakan kadar cukai oleh pihak berkuasa tempatan. Maka, dengan hasil cukai tersebut, kerajaan mampu untuk terus menjaga kebersihan sungai.

Media Massa Dapat Membantu Dalam Menjaga Kebersihan Sungai

Pada zaman moden ini, media massa merupakan satu perkara yang amat penting. Media massa boleh diakses oleh sesiapa pun tanpa mengira faktor umur. Ianya boleh dijadikan sebagai alat untuk menyampai berita dalam sekelip mata sahaja.

menjaga kebersihan sungai

Pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat menggunakan media massa ini untuk mengajar orang ramai dalam menjaga kebersihan sungai ini. Kebanyakkan orang zaman sekarang akan menghabiskan masa mereka dengan menggunakan media massa. Maka ini merupakan satu kesempatan untuk memberikan mereka ilmu yang baharu.

Itulah sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharapkan ianya memberikan manfaat untuk anda semua.

Baca juga:

1 thought on “3 Cara Menjaga Kebersihan Sungai Kita”

  1. Pingback: 3 Cara Menjaga Mata Bahagian 1 - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: