3 Cara Menjaga Kebersihan Diri

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

3 Cara Menjaga Kebersihan Diri ini akan berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana cara untuk kita menjaga kebersihan diri kita. Kebersihan diri ini amat penting untuk dijaga. Sebagai manusia kita tidak sepatutnya membiarkan diri kita berada dalam keadaan kotor.

kebersihan diri

Menjaga kebersihan diri dan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Salah satu sebab mengapa kebersihan diri itu penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. 

Kebersihan diri adalah salah satu kunci kepada kesihatan diri. Sekiranya anda tidak mengekalkan kebersihan diri, maka anda akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, mari baca cara untuk menjaga kebersihan diri anda yang telah kami tuliskan.

Berus Gigi Ialah Sebahagian Daripada Kebersihan Diri

Ramai beranggapan bahawa apabila kita memberus gigi hanyalah untuk menghilangkan bau mulut sahaja. Tetapi pada hakikatnya, memberus gigi ialah untuk menjaga kesihatan diri disamping menjaga kebersihan diri.

Memberus gigi dapat dikelaskan sebagai cara pertama untuk menjaga kebersihan. Memberus gigi dapat menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuan memberus gig adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas berbau dan akan menyebabkan gangguan kepada orang lain. Dengan itu cara yang terbaik menjaga gigi dan mulut anda ialah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

kebersihan diri

Masa yang paling sesuai untuk berus gigi adalah selepas makan dan sebelum tidur. Jangan sesekali mengabaikan berus gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana kebiasaan bakteria merosakkan gigi lebih aktif pada waktu malam ketika kita semua sedang nyenak tidur.

Cara memberus gigi adalah dengan memberus selama dua minit dengan lembut tetapi teliti. Gunakan berus gigi yang lembut agar tidak menyakitkan gusi dan jangan lupa untuk menggantikan berus secara berkala setiap 3 bulan untuk mengekalkan kebersihan berus gigi tersebut.

Anda semua juga disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Iaitu pada setiap 6 bulan sekali.

kebersihan diri

Mandi Untuk Menjaga Kebersihan Diri

kebersihan diri

Setiap negara mempunyai iklim yang berbeza dan budaya mandi yang turut berbeza. Anda pasti perasan sesetengah orang yang berada di negara 4 musim hanya mandi sekali dalam sehari sahaja. Tapi sebagai penduduk negara yang bermusim tropika ini, adalah lebih baik kita mandi dua kali sehari untuk menjaga kebersihan diri. Secara amnya anda perlu mandi pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang selepas bekerja atau malam sebelum tidur. 

Ketika mandi, kita dinasihatkan juga untuk menggosok badan atau dikenali sebagai scrub body. Tujuan perkara ini dilakukan ialah untuk membersihakan kulit badan kita. Apabila kita menggosok, maka sel-sel mati atau dikenali sebagai daki akan tertanggal dan akan meningkatkan kebersihan diri kita. Sel-sel mati atau daki ini sebenarnya dapat dibuang menggunakan sabun biasa, tetapi terkadang apabila sel mati ini terlekat pada badan maka anda perlu menggosoknya.

Kebaikan mandi menggunakan air sejuk ialah meningkatkan daya tahan tubuh. Ianya juga dapat meredakan depresi yang kita alami. Selain itu ianya dapat menyegarkan badan dan dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit.

Dan kebaikan mandi menggunakan air panas ialah dapat melancarkan peredaran darah di dalam tubuh kita. Mandi dengan air panas juga dapat meredakan otot-otot yang sedang tegang ataupun disebut sebagai cramp. Jika anda sedang stress ringan, mandi dengan air panas amat digalakkan kerana ianya dapat meredakan stress dan mengkurangkan rasa cemas kita. Mandi dengan air panas juga dapat membantu kita untuk tidur pada malam hari.

Kebersihan Kuku Termasuk Kebersihan Diri

Walaupun kuku kita ini merupakan bahagian yang sangat kecil di tubuh kita, tetapi kebersihannya amat penting. Kebersihan kuku bukan terhad kepada bahagian kuku sahaja, tetapi ianya juga termasuk dalam kebersihan tangan kita. Tidak lupa juga pada kebersihan kuku kaki kita.

Kita semua perlu tahu bahawa kuku merupakan antara tempat pada badan kita yang paling berpotensi untuk pembiakan kuman dan bakteria jahat yang dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Pada waktu pandemik ini kebersihan tangan adalah amat penting untuk dijaga. Apabila anda mencuci tangan dengan sabun, pastikan kebersihan semasa mencuci sampai ke bahagian kuku, terutamanya jika anda mempunyai kuku panjang.

kebersihan diri

Itu sahaja 3 cara untuk menjaga kebersihan kita. Kebersihan diri perlu dijaga untuk mendapatkan badan yang selesa dan juga sihat. Terdapat banyak lagi cara yang boleh anda amalkan untuk menjaga kebersihan diri.

Baca juga:

4 thoughts on “3 Cara Menjaga Kebersihan Diri”

  1. Pingback: Sejarah Hidup Imam Syafie Bahagian 1 - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 3 Ciri Ikhlas Yang Kita Perlu Amalkan - Baitul Taaruf

  3. Pingback: Cara Menghasilkan Scrub Badan Untuk Anda Semua - Baitul Taaruf

  4. Pingback: 4 Cara Fokus Ketika Belajar Untuk Anda - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: