3 Cara Menjadi Lebih Produktif Di Tempat Kerja ini merupakan cadangan atau cara yang anda boleh amalkan untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja. Anda boleh mengamalkan tip-tip ini untuk kegunaan dalam kehidupan seharian.

Kita semua tahu bahawa dunia dilanda dengan wabak Covid-19 yang menjejaskan hampir semua sektor pekerjaan. Kemerosotan sektor-sektor ini bukan sahaja dialami oleh kita tetapi seluruh dunia. Semuanya mengamalkan norma baru iaitu bekerja dari rumah.
Bekerja dari rumah ini dialami oleh semua orang, sama ada mereka berada di sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Setelah sekian lama mereka harus pergi ke tempat kerja, tiba-tiba sahaja terpaksa duduk di rumah dan menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja dari rumah sahaja.
Kenapa Perlu Menjadi Lebih Produktif?

Sebagai manusia kita tidak akan lari dari dihantui sifat bosan. Walaupun kita mendapat pekerjaan yang diidamkan oleh semua orang. Terkadang kita berharap bahawa kita ingin lakukan sesuatu yang baru dalam hidup ini. Namun apabila terfikir semula dengan tanggungang hidup, kita terpaksa membatalkan hasrat tersebut.
Kita seharusnya menjadi seorang yang bijak untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja. Sebagai pekerja kita perlu memberikan yang terbaik untuk pihak majikan kita. Ianya akan dapat menambah hasil kepada syarikat yang kita bekerja.
Menjadi lebih produktif ini sangat membantu dalam pembangunan ekonomi. Pembangunan ekonomi ini bukan sahaja dalam sektor-sektor yang besar. Tetapi ianya akan dapat membantu membangunkan sektor-sektor yang kecil juga. Pendapatan yang bakal kita perolehi juga akan bertambah seiring dengan usaha kita.
Berikut adalah cara-cara untuk menjadi lebih produktif bagi mereka yang bekerja di sektor swasta mahupun di sektor kerajaan.
Cipta Matlamat Anda Untuk Menjadi Lebih Produktif
Anda boleh menjadi lebih produktif dengan mencipta atau mempunyai matlamat yang jelas. Matlamat anda haruslah seiring dengan visi dan misi syarikat atau tempat anda bekerja. Sebagai manusia, kita juga sepatutnya mempunyai matlamat yang tersendiri dalam hidup ini.
Cuba fikirkan tentang apa yang kita mahu capai dalam jangka masa yang terdekat atau dalam jangka masa yang lebih panjang. Mungkin matlamat yang ingin kita capai dalam jangka masa pendek ialah menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan dengan masa yang telah ditetapkan

Untuk matlamat jangka masa panjang, kita perlu menyiapkan satu “goal” untuk diri kita. Mungkin dalam masa 3 tahun lagi, kita ingin naik pangkat di tempat kita bekerja. Setkan matlamat anda sendiri mengikut kemampuan dan keinginan anda. In shaa allah matlamat yang anda kunci ini akan memberikan jalan keluar jika anda berasa malas mahupun buntu sewaktu kerja.
Datang Awal Dapat Membantu Menjadi Lebih Produktif
Semua tempat kerja di dunia ini pasti mempunyai waktu masuk kerja yang tersendiri. Jika kita bekerja di pejabat, waktu kebiasaanya adalah pada pukul 8 hingga 9 pagi. Bagi mereka yang bekerja mengikut ‘shift’ maka ianya tertakluk dengan syarikat yang anda bekerja.
Datang awal ini bukan sahaja menjadikan kita perkerja yang bertanggungjawab, tetapi ianya akan membantu kita menjadi seorang yang lebih berdisiplin dalam hidup ini. Budak-budak sekolah pun tidak boleh lewat untuk masuk ke sekolah, apatah lagi yang bekerja ini.

Anda akan merasakan perubahan yang lebih positif apabila mengamalkan amalan datang awal ini. Kelebihan datang awal ini akan memberikan anda peluang untuk memulakan kerja dengan lebih awal dan menyiapakan kerja sebelum waktunya.
Untuk peringkat permulaan anda boleh datang awal sehari seminggu untuk percubaan. Dan seterusnya anda boleh tambah bilangan hari apabila sudah selesa.
Berehat Akan Membantu Menjadi Lebih Produktif

Ramai yang berterusan kerja dari masuk kerja hingga pulang. Ini merupakan amalan yang salah dan akan menjadi beban untuk diri sendiri. Ingatlah manusia ini bukannya robot yang dapat melakukan kerja secara berterusan tanpa rehat.
Badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk berfungsi pada tahap yang paling optimum. Jika badan kurang rehat maka kita akan lebih penat daripada orang lain dan rasa lesu untuk menyiapkan kerja-kerja kita.
Anda boleh jadikan waktu makan tengah hari sebagai waktu untuk tidur sebentar. Tidur sebentar pada waktu tengah hari akan memberikan semula tenaga yang hilang pada waktu pagi.
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga penulisan ini dapat membantu anda menjadi lebih produktif di tempat kerja kelak.
Baca juga: