3 Cara Mengurus Masa Untuk Anda Semua

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Mengurus Masa

3 Cara Mengurus Masa Untuk Anda Semua ini akan membantu anda semua untuk mengurus masa dengan lebih efektif. Sebagai manusia kita sering alpa dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan masa.

Semua orang diberikan waktu yang sama. Tiada yang lebih dan tiada juga yang kurang. Yang membezakan kita adalah cara dalam mengurus masa. Orang yang pandai dalam mengurus masanya akan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik berbanding daripada mereka yang tidak bijak dalam pengurusan masa.

Kepentingan Mengurus Masa Dalam Kehidupan

Sebagai umat Islam, masa adalah antara perkara yang diberikan perhatian dalam kehidupan kita. Bukan setakat makanan sahaja ada pembazirannya, tetapi masa juga ada pembazirannya. Umat Islam sentiasa diingatkan supaya memanfaatkan masa yang ada dengan hal-hal yang ma’ruf dan menjauhi hal-hal yang mungkar.

Kita tahu bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan tidak kekal abadi. Akhirat merupakan tempat untuk kita pulang. Tetapi destinasi yang manakah menjadi idaman kita? Dunia harus kita jadikan sebagai tempat kita melakukan kebaikan untuk beroleh syurga Allah. Namun bagi mereka yang terus lalai dengan nikmat tipu daya dunia ini, maka mereka akan mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.

Masa yang kita ada hendaklah diisi dengan perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Bagi aspek dunia pula, masa yang terluang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita boleh mengisi masa lapang kita dengan melakukan hobi yang kita sukai seperti membaca, memancing dan lain-lain lagi.

Mengurus Masa

Mengurus masa dengan bijak akan membantu kita untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin. Antaranya kita akan menjadi seorang yang menepati masa dalam hidup ini. Dengan disiplin diri yang tinggi, kita akan dipandang tinggi oleh orang sekeliling kita. Bahkan kita akan menjadi contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh orang lain.

Ramai orang yang bekerja atau pun mereka yang sedang belajar tidak pandai mengurus masa dengan baik. Akibatnya mereka akan rasa terbeban dangan tindakan yang mereka telah lakukan. Rasa menyesal juga sudah pasti akan menghantui mereka kerana sudah tersilap langkah.

Ini semua akan menyebabkan mereka menjadi lebih stress. Sterss itu sebenarnya bagus, tetapi yang ditakuti ialah stress yang melampau. Stress yang melampau akan mengakibatkan pelabagai masalah mental yang lain. Antara masalah mental yang mungkin dihadapi ialah anxiety yang teruk.

Cipta Senarai Tugas Untuk Mengurus Masa Anda

Jika anda seorang yang kelam kabut atau mempunyai kerja yang sangat banyak, maka senarai tugas ini amat penting buat anda. Senarai tugas ini sebenarnya bergantung kepada setiap individu. Lain orang lain senarai tugasnya. Anda perlu membuat senarai tugas ini sekurang-kurangnya sehari sebelum.

Mengurus Masa

Seperti kita ingin melancong ke suatu tempat. Sudah pasti kita sudah membuat perancangan yang teliti untuk melawat tempat-tempat yang menarik tanpa membuang masa. Senarai tugas ini lebih terperinci berkenaan dengan hal-hal ataupun perkara yang ingin kita lakukan pada esok hari atau pada hari-hari tertentu.

Kita boleh senaraikan dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara yang ingin kita lakukan.

Tetapkan Masa Yang Terhad Akan Membantu Dalam Mengurus Masa

Rasanya siapa yang boleh tolong huraikan berkenaan dengan yang ini. Admin gurau je. Mari sini admin huraikan untuk para pembaca semua.

Menetapkan masa ini bermaksud kita meletakkan jangka masa yang tertentu dalam melakukan sesuatu perkara yang kita lakukan. Seperti kita mempunyai satu tugasan yang perlu dilakukan. Maka kita boleh tetapkan berapa lama masa yang akan diambil untuk perkara tersebut.

Penetapan masa ini akan membuatkan kita menyiapkan tugasan tersebut tanpa membuang masa. Tugasan itu juga akan dapat disiapkan dalam masa singkat.

Mengurus Masa

Jangan Tangguh Tugasan Kita Dapat Membantu Mengurus Masa

Pasti ramai yang di antara anda semua termasuk admin suka bertangguh dalam menyiapkan kerja. Inilah sifat yang hampir semua orang ada. Tak kira muda atau tua. Bertangguh-tangguh dalam menyiapkan kerja akan menyebabkan kita stress kerana kerja baru akan ada walaupun yang lama belum siap.

Kita sudah pasti tidak mahu mempunyai banyak tugasan dalam satu-satu masa. Untuk mengelakkan hal ini terjadi maka kita perlu segera menyiapkan satu-satu tugasan tanpa bertangguh.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Diharapkan ianya memberikan manfaat kepada anda semua.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: