
3 Cara Memulakan Perniagaan ini akan memberikan satu ilmu baharu untuk anda semua.
Pasti ramai yang ingin memulakan perniagaan. Terutamanya anak-anak muda pada hari ini. Semangat yang berkobar-kobar sentiasa di hati mereka yang ingin mempunyai niat untuk memiliki perniagaan sendiri.
Namun terkadang niat di hati mereka ini terpaksa dikuburkan jauh ke dalam hati. Ini disebabkan mereka tidak mengetahui cara untuk memulakan perniagaan dengan betul.
Ada juga yang terus langgar sahaja tanpa mengikuti saluran/cara yang sebetul-betulnya.
Diharapakan perkongsian berkenaan dengan cara memulakan perniagaan ini dapat membantu anda semua dalam mengecapi impian dan cita-cita untuk ada perniagaan anda yang tersendiri.
Kenapa Pentingnya Kita Perlu Ada Perniagaan Sendiri
Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan dengan cara memulakan perniagaan. Mari kita fahamkan terlebih dahulu berkenaan dengan kepentingan atau kelebihan mempunyai perniagaan sendiri.
Yang pertama ialah anda akan dapat membantu ramai orang. Dengan pembukaan perniagaan baru, anda sebenarnya telah membuka peluan untuk membantu orang lain. Ini kerana anda akan dapat membuka peluang pekerjaan untuk orang lain. Disamping itu juga anda akan membantu perkembangan ekonomi semasa.
Mengikut sebuah kajian yang dijalankan di Kanada. Perniagaan kecil ini sebenarnya bukan sahaja membuka peluang membantu orang lain, tetapi juga ianya membantu pelanggan pada kawasan sekitar.

Yang kedua ialah anda akan mempunyai waktu kerja yang fleksibel. Bagi wanita , terutamanya, memiliki perniagaan sendiri boleh memberikan fleksibiliti gaya hidup yang diperlukan untuk membesarkan keluarga dan masih mempunyai kerjaya yang berjaya.
Tetapi ia bukan hanya wanita muda yang boleh mendapat manfaat daripada kelebihan ini untuk memiliki perniagaan mereka yang tersendiri. Oang yang hampir bersara atau telah bersara mungkin mendapati memiliki perniagaan mereka sendiri akan memberi mereka peluang untuk menjaga sumber pendapatan mereka dan melakukan sesuatu yang memuaskan.
Yang ketiga ialah, anda dapat menyalurkan kreativiti anda kepada tempat yang sepatutnya. Ramai yang anak muda hari ini yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Sebenarnya kreativiti mereka ini bukan sahaja hebat, malahan dapat dijadikan sebagai perniagaan ataupun sumber mata pencarian.
Contohnya, mereka yang berbakat dalam seni lukis dapat mengembangkan bakat mereka dalam perniagaan yang berunsurkan seni. Seperti pembukaan tempat batik. Mereka juga boleh membuat baju-baju dengan corak atau design mereka sendiri.
Kaji Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Perniagaan

Sebelum memulakan perniagaan, kita perlu lakukan kajian berkaitan perniagaan kita supaya kita lebih bersedia dan memahami perjalanan perniagaan kita. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah:
- Fahami perniagaan – Punyai ciri orang berniaga, faham kesan berniaga, tahu peluang berniaga.
- Fikirkan idea – Buat kajian sama ada idea kita original, siapa nak beli produk kita?, cara nak memasarkan produk.
- Bisnes “plan” – Tahu cara membina rancangan perniagaan yang berkesan, rancang kesinambungan bisnes dan cara info percuma untuk “market research”.
- Beli atau buat perniagaan sendiri – Kita perlu tahu kelebihan dan kekurangan sama ada beli yang sedia ada (“francais” atau company orang lain) atau buat bisnes sendiri.
- Struktur bisnes – Kena faham struktur perniagaan sama ada milikan tunggal, perkongsian, perbadanan dan koperasi.
Ingat apa pun yang anda lakukan ianya memerlukan ilmu pengetahuan terlebih dahulu. Ilmu pengetahuan inilah yang bakal membantu kita untuk berjaya.
Lakukan Senarai Semak Terlebih Dahulu
Sebelum jalankan perniagaan, kita perlu senaraikan semua perkara penting yang diperlukan seperti:
- Bisnes “plan” – Cipta “plan” kukuh, buat “market research”, struktur bisnes, namakan bisnes, lokasi mula bisnes, “market & sales” dan aktiviti perniagaan.
- Kewangan – Perlu tahu sama ada perlukan pinjaman modal dari pihak bank atau tidak dan sediakan semua dokumen penting.
- Daftar bisnes – Permit dan lesen, nombor daftar bisnes, daftar tax dan GST.
Senarai semak ini terbukti mampu menyelamatkan kita daripada melakukan kesalahan dalam apa jua yang kita lakukan.
Rancang Kewangan Untuk Memulakan Perniagaan
Kita perlu tahu cara untuk mendapatkan modal sama ada perlukan pinjaman bank atau guna duit sendiri. Amat sukar untuk dapatkan pinjaman bank tetapi ia mungkin adalah cara yang terbaik.

Sebagai contoh, jika kita gagal untuk membuat pinjaman bank, ada banyak lagi agensi yang menawarkan pinjaman kepada bumiputera seperti MARA, TEKUN dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Baca juga:
1 thought on “3 Cara Memulakan Perniagaan”
Pingback: 4 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Kepada Seseorang - Baitul Taaruf