3 Cara Memberi Nasihat Kepada Kawan ini akan berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana anda memberi nasihat kepada kawan anda.
Tips atau cara ini boleh diguna pakai untuk mengelakkan kawan-kawan anda terasa. Perasaan terasa ini akan membuatkan hubungan anda dan kawan menjadi renggang. Memberi nasihat kepada kawan adalah tenggungjawab kita semua bersama.

Tapi sebelum itu mari kita fahami istilah-istilah yang berkait rapat dalam hubungan berkawan ini.
Kawan, Rakan Dan Kenalan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kawan akan selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan ialah perantaraan antara kawan dan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya.
Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.
Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

Betulkan Niat Dalam Memberi Nasihat Kepada Kawan
Dalam Islam kita semua diberikan amaran untuk memurnikan niat dalam apa jua yang kita lakukan. Niat atau dalam Bahasa Melayu ialah tujuan. Memperbetulkan niat merupakan satu kewajipan buat kita semua sebagai muslimin.
Terkadang kita menasihati kawan atau orang lain adalah kerana ingin menunjukkan kehebatan kita. Perbuatan ini akan menyebabkan timbulnya perasaan riya’ dalam hati kita.
Kita harus menanamkan niat bahawa kita memberi nasihat adalah kerana ianya kewajipan kita sebagai seorang muslim. Dan kita perlu memberikan nasihat dengan hati yang ikhlas tanpa niat yang terselindung.
Selitkan Pujian Dalam Nasihat Kepada Kawan

Semua manusia dalam dunia ini memerlukan pujian dalam hidup ini. Kita dalam menasihati kawan atau orang lain memerlukan kata-kata pujian sebagai selingan dalam perbicaraan kita.
Kata-kata yang kita gunakan mestilah manis dan memuji kawan kita tersebut. Siapa sahaja yang tidak akan cair dengan penggunaan ayat-ayat manis ini.
Ayat-ayat positif dan membangun juga boleh dianggap sebagai pujian kepada orang yang lain. Kita juga perlu bersikap berhemah tinggi dalam memberi nasihat kepada kawan.
Jangan Lupa Doa Dalam Memberi Nasihat Kepada Kawan
Apa pun perkara yang kita lakukan jangan lupa untuk berdoa kepada Yang Maha Esa. Kerana setiap perkara atau sesuatu urusan bakal Allah mudahi jika kita meminta kepadanya.
Kita juga boleh berdoa agar hati kawan kita menjadi lembut dan dapat menerima nasihat tersebut.
Baca juga:
2 thoughts on “3 Cara Memberi Nasihat Kepada Kawan”
Pingback: 3 Sebab Utama Lelaki Selalu Curang - Baitul Taaruf
Pingback: 3 Cara Memulakan Perniagaan - Baitul Taaruf