4 Cara Melembutkan Hati Anak ini akan berkongsi dengan anda semua tentang cara untuk kita melembutkan hati anak kita yang tersayang. Sebagai ibu bapa sudah pasti kita akan menagalami kesukaran dan halangan dalam membesarkan anak-anak.

Cabaran dan halangan ini akan menjadi lebih sukar jika kita tidak memahami mereka. Kita perlu mencari dan memahami cara untuk mengasuh mereka. Anak-anak ini terasuh oleh kedua-dua orang tuanya dan bukan dengan orang lain. Kitalah yang akan membentuk mereka menjadi manusia.
Pentingnya Memahami Anak-Anak
Anak merupakan anugerah yang terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Tetapi ada juga mereka yang diuji dengan perkahwinan yang berpuluh tahuntetapi masih tidak mempunyai anak. Ini merupakan seberat-berat ujian yang Allah datangkan kepada mereka yang sudah berkahwin.
Namun ingatlah bahawa ujian yang Allah berikan ini merupakan tanda Dia sayang kepada kita dan ganjaran yang lebih lumayan bakal menanti kelak. Bagi mereka yang sudah mempunyai anak, tanggungjawab yang baru sedang menanti mereka. Kerana tanggungjawab yang digalas sebagai orang tua adalah amat besar dan berat.
Setiap ibu bapa akan menghadapi masalah yang berbeza dalam membesarkan anak-anak mereka. Ada anak-anak yang dari kecil memang terjaga dan tidak suka menyusahkan kita. Itulah sifat semula jadi mereka.

Ada juga yang memang aktif sejak kecil hingga kita yang penat melayan mereka. Semua anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi. Maka mereka akan jadi sedikit tidak terkawal jika berada di luar rumah atau berada di tempat yang baharu. Mereka akan menjadi lebih ‘hyper’ apabila situasi ini berlaku hingga kita tidak dapat mengawal mereka.
Untuk anak-anak yang sudah besar sedikit, mereka ini juga masih memerlukan perhatian dari kita sebagai ibu bapa. Cara-cara melembutkan hati anak di bawah boleh diguna pakai oleh kita semua tanpa mengira umur anak.
Elakkan Pengunaan Ayat Negatif Untuk Melembutkan Hati Anak

Menjadi ibu bapa juga dikira sebagai bekerja. Sudah pasti kita akan rasa lebih letih daripada sebelum mempunyai anak. Apabila kita dalam keadaan yang letih, terkadang perkataan atau ayat yang kita gunakan akan mempunyai kata-kata yang negatif.
Anak kita juga manusia, mereka akan terkesan akibat daripada penggunaan kata-kata yang negatif. Mengikut kajian, manusia memerlukan kata-kata yang positif agar mereka mempunyai kesihatan mental yang baik. Dengan pengunaan kata yang sesuai maka ianya dapat melembutkan hati anak kita.
Kajian juga mendapati jika seseorang yang sudah terbiasa dilemparkan kata-kata yang negatif akan mempunyai masalah mental. Bagi kanak-kanak pula, pertumbuhan mental mereka akan terjejas dan akan membawa kesan yang buruk sehingga mereka dewasa kelak.
Perhatian Yang Secukupnya Dapat Melembutkan Hati Anak
Cuba kita lakukan muhasabah diri kembali. Adakah kita sudah memberikan perhatian kepada mereka?

Ramai ibu bapa yang tidak dapat membezakan diantara istilah tanggungjawab dan istilah perhatian ini. Tanggungjawab kita kepada mereka ialah seperti memenuhi keperluan asas mereka. Ramai di antara kita menganggap bahawa ini sahaja yang perlu dilakukan sebagai ibu bapa.
Tetapi tugas ibu bapa adalah lebih dari yang disangkakan itu. Perhatian ini pula lebih kepada tugas untuk mengasuh dan memahami anak kita. Sejak kecil lagi, kita sepatutnya memberikan perhatian yang secukupnya kepada mereka. Perhatian yang secukupnya ini akan membuatkan mereka rasa dihargai dan disayangi.
Malahan perhatian yang seckupnya ini dapat melembutkan hati anak kita, sama ada kecil atau besar.
Memberikan Arahan Kepada Mereka
Bukan tentera sahaja yang diberikan arahan untuk dituruti. Anak-anak juga perlu diberikan arahan. Arahan kepada anak-anak ini lebih kepada arahan untuk mengajar dan membimbing mereka.
Kita perlu memahami bahawa mereka baru hidup setahun jagung di muka bumi ini. Pasti ada sahaja perkara-perkara yang mereka masih belum tahu dan belum mahir lagi. Untuk anak-anak kecil kita perlu mempunyai ketegasan apabila memberikan arahan supaya mereka tidak ambil mudah dengan apa yang diperkatakan.

Untuk anak-anak kita yang sudah besar, mereka juga perlu diberikan arahan. Arahan kepada mereka ini lebih kepada bentuk pengajaran, Kerana mereka sudah mulai dewasa dan akan memilih jalan hidup mereka yang tersendiri.
Baca juga: