3 Cara Kurangkan Kolesterol Dalam Badan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

3 Cara Kurangkan Kolesterol Dalam Badan ini akan berkongsin dengan anda semua tentang semua cara-cara yang akan membantu anda semua untuk kurangkan kolesterol dalam badan kita semua.

Kurangkan Kolesterol

Ramai rakyat Malaysia yang mengambil mudah dalam perkara ini. Seharusnya kita semua perlu menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya. Dengan kesihatan diri yang baik, maka kita akan menjadi lebih sihat dalam kehidupan kita.

Apa Itu Kolesterol?

Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk kurangkan kolesterol. Mari kita fahami terlebih dahulu berkenaan dengan apa itu kolsterol. Ramai yang berpendapat bahawa kolesterol didapati dari makanan yang kita makan. Kenyataan ini ada betul dan tidak tepatnya.

Kolesterol adalah sejenis bahan berlemak yang sangat diperlukan dalam badan kita semua. Kolesterol ini membantu badan untuk berfungsi dalam keadaan yang lebih baik. Untuk penetahuan anda semua, kolesterol ini secara semula jadinya dihasilkan dari sebuah organ di dalam badan kita semua.

Kurangkan Kolesterol

Organ tersebut ialah hati. Kolesterol ini juga boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan. Makanan tersebut adalah makanan yang berasaskan haiwan. Makanan-makanan yang berasaskan tumbuhan pula tidak mengandungi kolesterol untuk badan kita.

Jenis-Jenis Kolesterol

Mari kenali jenis-jenis kolesterol yang ada pada dalam badan kita. Para saintis perubatan telah menyatakan bahawa mereka menjumpai 3 jenis kolesterol dalam badan manusia.

Kolesterol bergerak dalam badan manusia menggunakan sejenis molekul yang khas. Molekul tersebut di kenali sebagai lipoprotein.

Kolesterol jenis yang pertama ialah kolesterol HDL. Kolesterol ini bukanlah kloesterol yang akan menyebabkan kemudaratan pada badan kita. Kolesterol ini juga di kenali sebagai kolesterol baik buat tubuh. Walaupun kolesterol ini tinggi di dalam badan, ianya masih berguna dan sangat baik. Kerja atau fungsi kolesterol HDL ini ialah untuk membawa kolesterol yang jahat yang berada di seluruh badan kita untuk dibawa ke hati. Kolesterol yang berada di hati ini akan terurai atau dibuang oleh badan sebagai kumuh.

Kurangkan Kolesterol

Jenis kolesterol yang kedua ialah kolesterol LDL. Berbeza dengan kolesterol HDL tadi, kolesterol ini ialah kolesterol yang jahat atau buruk bagi badan kita. Kolesterol LDL ini akan membawa kolesterol dari sel-sel melalui saluran darah. Jika terlalu banyak kolesterol diedar di dalam saluran darah, maka ianya boleh terendap pada dinding arteri lalu membentuk plak. Plak ini dikenali sebagai arterosklerotik.

Kolesterol jenis yang ketiga ialah trigliserida. Trigliserida ini ialah lemak atau lipid. Ianya menyimpan baki kalori yang tidak digunakan. Ianya juga akan membekalkan tenaga untuk badan. Seseorang yang makan secara lebih daripada kalori yang diperlukan maka kalori yang lebih tersebut akan ditukarkan kepada trigliserida kumuh pada waktu itu juga.

Untuk makluman pembaca semua, jumlah kalori ialah jumlah kolesterol HDL dan LDL. Serta 20% daripada jumpa trigliserida.

Kurangkan Kolesterol

Makan Secara Sihat Dapat Kurangkan Kolesterol

Ini merupakan kunci utama yang dapat membantu kita semua dalam menjaga tahap kolesterol dalam badan. Anda semua boleh lihat atuk dan nenek kita pada zaman dahulu sebagai contoh. Mereka amat menjaga pemakanan harian mereka. Hinggakan kesihatan mereka sangat terjaga dengan baik sekali.

Anda boleh bermula dengan mengurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Kita juga boleh mengurangkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti hati, jantung dan ginjal. Pengambilan dua jenis makanan ini akan meningkatkan kolesterol LDL.

Kurangkan Kolesterol

Latihan Fizikal Akan Membantu Kurangkan Kolesterol

Latihan fizikal adalah senaman yang sepatutnya kita lakukan. Latihan fizikal ada yang ringan dan yang berat. Bagi orang yang sudah biasa, maka latihan fizikal yang berat amat sesuai. Tetapi jika anda baru sahaja ingin mencuba, maka anda boleh mulakan dengan latihan fizikal yang ringan.

Anda boleh mulakan dengan bersenam selama 30 minit pada setiap hari. Antara aktiviti fizikal yang boleh anda amalkan ialah berjalan laju atau berjogging biasa.

Berhenti Merokok Kerana Ianya Akan Kurangkan Kolesterol

Bagi perokok di luar sana, anda semua dinasihatkan untuk berhenti merokok dengan serta merta. Merokok akan menjejaskan saluran darah seseorang dan akan membunuh kolesterol HDL dalam badan kita. Perokok juga berisiko untuk mendapatkan sakit jantung.

Kurangkan Kolesterol

Diharapkan perkongsian pada kali akan membantu anda semua untuk kurangkan kolesterol dalam badan sekali gus menjadi lebih sihat.

Baca juga:

1 thought on “3 Cara Kurangkan Kolesterol Dalam Badan”

  1. Pingback: Langkah Pencegahan COVID-19 Di Tempat Kerja - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: