
3 Cara Dan Tips Untuk Solat Penuh ini akan menambahkan ilmu anda semua dalam perkara ini. Sudah pasti kita ingin menjadi mukmin yang lebih baik dari hari sebelum-sebelum ini.
Menjadi seorang muslim adalah tidak sukar. Kita hanya perlu melafazkan dua kalimah syahadah yang akan menjadikan kita sebagai seorang yang beragama Islam.
Tetapi perkara yang lebih sukar adalah apabila kita ingin menaikkan martabat kita di sisi Allah. Kita seharusnya menjadi seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT. Untuk melayakan diri kita pada tingkat mukmin ini, kita perlu menjaga solat terlebih dahulu.

Admin rasa hampir semua orang memahami tentang perkara ini. Solat ini merupakan tiang agama bagi seseorang muslim.
Nabi SAW bersabda yang mafhumnya:
“Solat itu tiang agama”
Solat merupakan perkara wajib yang perlu kita laksanakan dalam kehidupan seharian kita. Maka dengan itu ianya menjadi kewajipan bagi kita untuk solat penuh pada setiap hari.
Maksud Solat Yang Benar
Solat ini adalah ibadah untuk umat Islam agar mereka dapat menzahirkan bahawa mereka menyembah Allah SWT sebagai tuhan sekalian alam ini. Tatacara solat umat Islam ini diambil dari dua sumber utama agama Islam.
Siapa agak-agaknya yang mampu untuk menjawab soalan cepu emas ini?
Bagi mereka yang tidak tahu, dua sumber utama dalam agama kita ialah dari Al Quran dan As Sunnah. Inilah dua sumber yang kita boleh ambil untuk dijadikan panduan dalam beragama.
Solat pula terbahagi kepada dua. Solat yang wajib dan yang tidak wajib. Bagi solat yang wajib kita memanggilnya dengan istilah Solat Fardhu. Manakala bagi solat yang tidak wajib kita menggunakan istilah solat sunat.

Solat ini bukan diwajibkan kepada semua orang Islam. Ianya hanya diwajibkan kepada mereka umat Islam yang telah baligh dan juga mereka yang berakal sahaja. Solat fardhu ini akan dilaksanakan sebanyak 5 waktu atau 5 kali sehari semalam. Bagi setiap solat fardhu ini, kita mempunyai nama yang tersendiri bagi setiap waktu.
Contohnya kita mulakan dengan subuh pada waktu pagi. Zuhur pada waktu tengahari. Untuk waktu petang pula, ianya ialah solat asar. Waktu senja pula ialah solat maghrib. Dan akhir sekali pada waktu malam, kita akan melakukan solat isya’.
Solat yang tidak wajib ialah solat sunat. Dari pengertian sunat itu sahaja kita sudah memahami bahawa jika kita mengerjakan maka kita akan mendapatkan pahala. Dan jika ditinggalkan tidak mendatangkan dosa kepada kita.
Fahami Kepentingan Solat Akan Membuatkan Kita Solat Penuh

Mari kita semua tanya dengan diri kita sendiri, adakah kita sudah memahami dengan jelas kenapa kita diwajibkan untuk solat 5 waktu sehari semalam. Sebagai orang yang ingin melakukan perubahan yang positif dalam diri, kita perlu banyak membaca bahan bacaan agama.
Contohnya kita perlu banyak membaca tentang hadis-hadis dan ayat quran yang mewajibkan solat. Penerangan daripada dua sumber utama umat Islam ini akan memberikan kita gambaran yang jelas tentang kenapa amalan ini diwajibkan.
Kita juga dapat melihat bahawa baginda Rasulullah SAW perlu melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj untuk mendapatkan perintah untuk solat. Ini akan membantu kita untuk solat penuh.
Hidup Ini Sementara
Sebagai orang Islam kita perlu sentiasa ingat kepada kematian. Nabi sendiri sentiasa berpesan agar kita dapat menjaga diri dari kemungkaran di atas dunia ini.
Sebagai manusia kita sudah semestinya sentiasa terlupa untuk melaksanakan solat.
Dengan kita perbanyakkan mengingati kematian maka sudah pasti kita akan terus menjaga amal utama dalam Islam yakni solat. Kita akan menjaga diri kita untuk solat penuh pada setiap hari.
Sediakan Jadual Solat Sendiri Akan Membantu Untuk Solat Penuh

Walaupun cara ini kelihatan agak remeh, tetapi ianya sangat membantu kita untuk mencapai matlamat murni kita iaitu untuk solat penuh.
Cara ini bukan sahaja berkesan untuk kita yang sudah dewasa tetapi untuk anak-anak kecil juga sangat berguna. Anda boleh cipta jadual solat anda sendiri mengikut minggu.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharapkan ianya dapat mendatangkan manfaat.
Baca juga: