3 Cara Bahagiakan Suami Mengikut Shiela Rusly

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88

3 Cara Bahagiakan Suami Mengikut Shiela Rusly ini dikongsikan oleh pelakon terkenal itu sendiri di sebuah wawancara bersama wartawan baru-baru ini.

Cara bahagiakan suami ini dikongsi oleh beliau kepada menantunya yang juga merupakan adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha yang juga seorang pelakon.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Shiela Rusly atau dikenali dengan gelaran sis dalam industri tanah air.

cara bahagiakan suami

Beliau memang terkenal dengan perwatakannya yang sungguh bersahaja dan sering berkongsi tips masakan serta tips rumah tangga di laman instagram miliknya.

Jadi hari ni admin akan kongsikan dengan korang semua 3 cara bahagiakan sumami berserta dengan huraian yang pendek tetapi jelas.

Sebelum kita masuk kepada tips yang dikongsi oleh Sis Shiela Rusly, mari kita pahamkan kenapa pentingnya untuk bahagiakan suami dalam hubungan rumah tangga.

Kepentingan Kita Bahagiakan Suami

Suami ini ibarat raja atau nakhoda di dalam alam perkahwinan.

Kesemua tanggungjawab berada digalas di atas bahu mereka, namun isteri juga mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam bahtera perkahwinan.

Seorang suami tidak minta untuk dilayan seperti seorang raja, namun cukuplah layanan yang kita berikan itu ikhlas dari hati kita.

Rasanya boleh bahagia ke sevuah rumah tangga jika kita tak melayani suami dengan ikhlas?

Layanan yang kita berikan kepada suami juga tidak perlu pada tahap yang berlebihan hingga perlu menghabiskan wang ringgit.

cara bahagiakan suami

Sebab cinta itu tidak memerlukan sesuatu yang mahal tapi cukup sekadar apa yang mampu, namun dapat memberikan impak yang positif.

Para suami kebanyakkannya memang tidak pandai nak beromantik ini semua, kerana memang hati seorang lelaki itu ‘keras’.

Manakala para isteri memang secara semula jadinya mempunyai sifat romantik yang tinggi dan pandai memikat.

Maka isterilah yang perlu menjalankan tugas ini, kerana kita lebih arif dan lebih mempunyai masa berbanding suami kita.

Jaga Hati Suami Adalah Cara Bahagiakan Suami

Inilah tips pertama yang diberikan oleh Shiela Rusly kepada menantunya mengenai cara bahagiakan suami.

Dia berpendapat bahawa hati atau perasaan suami adalah perkara yang paling utama untuk dijaga oleh seorang isteri.

Percayalah bahawa seorang lelaki itu akan bahagia apabila ada orang yang dapat menjaga hati mereka.

Rasa-rasanya kalau suami tidak menjaga hati isteri, boleh ke kita mempunyai perasaan bahagia dalam perkahwinan?

cara bahagiakan suami

Antara langkah untuk menjaga hati suami adalah dengan tidak melakukan perkara yang mereka tidak suka.

Terkadang perkara-perkara yang mereka tidak suka ini adalah untuk melindungi kita sebagai seorang perempuan.

Jaga juga tutur kata kita sebagai seorang isteri, jangan gunakan intonasi yang akan membuatkan suami kita tersentak.

Menegur suami juga dalam keadaan untuk menyedarkan mereka bukan untuk mengherdik seperti kita bercakap dengan adik-adik kita.

Jaga Makan Mereka Juga Cara Bahagiakan Suami

Mesti kita pernah dengar, nak pikat hati suami pikatlah dengan perut mereka.

Seorang suami bukan minta untuk disediakan hidangan seperti di hotel 5 bintang.

Tetapi mereka hanya inginkan makanan mereka hasil dari air tangan seorang isteri yang mereka sayangi.

Mana tak jemu sang suami, kalau hari-hari kita tapau makanan dari luar.

cara bahagiakan suami

Kalau kita jenis yang bekerja, cuba usahakan untuk menyediakan makanan pada setiap hari.

Kalau tak mampu cukuplah sekadar 3 hari sekali kita masak untuk suami.

Masakan yang kita sediakan juga tidak perlu makanan yang rumit-rumit.

Cukup lauk yang simple tapi sedap untuk cara bahagiakan suami.

Jaga Hubungan Intim Adalah Cara Bahagiakan Suami

Perkahwinan adalah untuk menghalalkan persetubuhan di antara kita dan juga suami.

Banyak kes penceraian berlaku kerana masalah hubungan intim antara suami dan isteri.

cara bahagiakan suami

Seorang isteri juga tidak sepatutnya menolak permintaan suami untuk bersama jika tiada keuzuran yang dibenarkan syarak.

Percayalah kalau kita jaga hubungan intim dengan suami kita akan menambahkan rasa sayang suami kepada kita.

Hubungan intim juga mempunyai banyak kebaikan untuk pasangan suami isteri.

Semoga dengan perkongsian cara bahagiakan suami ini, anda semua dapat memperbaiki hubungan sedia ada ke arah yang lebih baik.

Baca juga:

1 thought on “3 Cara Bahagiakan Suami Mengikut Shiela Rusly”

  1. Pingback: 5 Cara Mendisiplinkan Diri Dengan Efektif - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: