3 Adab Kepada Ibu Bapa

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
ibu bapa

4 Adab Kepada Ibu Bapa ini akan berkongsi dengan anda semua tentang cara beradab terhadap ibu bapa. Ibu bapa kita merupakan dua manusia yang paling berharga dalam hidup kita.

Agama apa pun dalam dunia ini tetap mengajar penganutnya untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa. Kita selagi mana masih hidup, perlu mencurahkan bakti kepada mereka.

Maksud Beradab Kepada Ibu Bapa

ibu bapa

Maksudnya ialah bersopan santun dan berbuat baik kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku. Islam mewajibkan umatnya supaya beradab kepada ibu bapa. Maka, berdosa besar kepada mereka yang menderhakai ibu bapa.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Luqman Ayat ke-14:


Maksudnya: “Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”

Sebab Wajibnya Beradab Kepada Ibu Bapa

Seperti yang kita maklum, ibulah yang melahirkan kita ke muka bumi ini. Cuba kita renung seketika, ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan kita semata-mata ingin lihat kita juga boleh hidup di muka bumi Allah ini. Apa sebab kita tak nak menghormatinya?

Sebab yang seterusnya ialah ibu bapa sediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk kita. Mereka bekerja seharian untuk cari nafkah supaya kita boleh makan makanan yang enak, pakai baju cantik dan rumah yang selesa. Maka sewajarnya kita menghargai apa yang mereka dah lakukan untuk kita. Tapi, kenapa sesetengah orang muda sekarang ni susah sangat susah untuk beradab kepada ibu bapa, dan paling teruk sampai boleh bunuh ibu bapa mereka sendiri.

ibu bapa

Sebab yang ketiga ialah bila kita lahir saja, ayah dan ibulah yang paling gembira akan kelahiran kita. Mereka menyusukan, mengasuh dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sampai kita dewasa. Kadang-kadang kita kurang beradab dengan mereka apabila membesar. Sebabnya ialah, bila kita dah besar, kita tak nampak pengorbanan mereka itu. Yang kita nampak hanyalah kemudahan, keseronokan dan kemewahan je.

Mengasihi Ibu Bapa

Ini merupakan adab yang pertama dalam susunan adab kepada ibu bapa kita. Walaupun kelihatan remeh, tetapi inilah perkara yang sering kita abaikan dan lupakan sebagai anak.

ibu bapa

Kita harus mengasihi mereka kerana merekalah yang telah menjaga kita sewaktu kita kecil. Mereka sanggup bersusah payah hanya kerana untuk memastikan kita selesa. Mereka juga sanggup menahan ngantuk apabila kita menangis sewaktu kecil.

Apabila mereka mencapai usia emas atau telah lanjut usia, maka sudah tiba masanya untuk kita membalas jasa mereka. Tetapi ingat, kita bukan sahaja perlu membalas jasa mereka, ketika mereka tua sahaja. Selagi mana mereka masih hidup maka sudah menjadi kewajipan untuk kita mengasihi mereka.

Mentaati Perintah Ibu Bapa Kita

Sebagai anak kita sememangnya wajib untuk mentaati akan perintah mereka. Kita perlu taat kerana itulah suruhan agama kepada kita semua. Kita seharusnya menjadikan kedua-dua orang tua kita sebagai raja dan permaisuri ketika mentaati perintah mereka.

Mentaati perintah mereka ialah dengan melaksanakan perkara-perkara dan arahan yang telah berikan kepada kita semua. Sesetengah anak-anak pada hari ini sudah mula menunjukkan keras kepala dengan tidak mentaati perintah mereka. Sedangkan apa yang mereka mahu kita lakukan bukanlah perkara yang susah mahupun berat untuk dilaksanakan.

ibu bapa

Ramai anak-anak hari ini yang akan membantah penjaga mereka jikalau disuruh membuat sesuatu. Contohnya, jika mereka meminta tolong membelikan sesuatu di kedai maka pelbagai alasan bakal kita berikan kepada mereka.

Islam telah meletakkan garis panduan dalam mentaati perintah orang tua ini. Kita disuruh hanya untuk mentaati dalam urusan-urusan kebaikan sahaja. Untuk urusan-urusan yang tidak baik maka kita dibolehkan untuk tidak taat.

Memohon Kemaafan Dari Mereka

Masyarakat melayu kita memang terkenal dengan tradisi meminta maaf apabila menjelang hari raya. Ini merupakan satu adat yang bagus dan perlu diteruskan di masa hadapan.

Tetapi apabila berkenaan dengan ibu bapa kita, kita jarang untuk meminta maaf. Sedangkan sebagai anak kita sentiasa melakukan kesilapan kepada mereka. Sama ada kita perasan ataupun tidak.

Kita perlu ingat bahawa kita perlu meminta maaf kepada mereka sentiasa.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Diharapkan ianya membantu kita menjadi manusia yang lebih baik.

Baca juga:

1 thought on “3 Adab Kepada Ibu Bapa”

  1. Pingback: 3 Kelebihan Kurma Makanan Sunnah - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: