
2 Adab Menuntut Ilmu ini akan berkongsi dengan anda semua satu ilmu baharu yang dapat kita semua amalkan.
Ramai di antara penuntut ilmu pada hari ini yang tidak mempraktikkan adab dalam menuntut ilmu. Sedangkan mereka mengetahui perkara ini dengan sangat jelas. Adab-adab dalam perkara ini perlu diamalkan oleh semua individu yang sedang belajar.
Bukan hanya budak sekolah sahaja yang perlu mengambil tahu akan perkara ini, tetapi para siswazah juga perlu peka akan hal ini. Ramai yang tersalah anggap bahawa adab meuntut ilmu ini hanya diguna pakai ketika mempelajari ilmu agama. Dan ketika menuntut ilmu akademik maka ianya tidak perlu.
Ini merupakan pendapat yang batil!
Setiap kali anda semua ingin menuntut ilmu, tidak kira dalam bidang apa pun maka perlulah mengikuti adab-adabnya. Kita dapat lihat pada hari ini murid mempunyai sikap ‘besar kepala’ terhadap guru-guru mereka. Bak kata pepatah lebih sudu dari kuah.
Apa Itu Ilmu?
Penggunaan perkataan ilmu di negara kita ini sudah digunakan secara meluas pada hari ini, Tapi tahukah anda semua bahawa perkataan ini bukan berasal dari Bahasa Melayu. Perkataan ilmu ini berasal dari perkataan bahasa arab.
Perkataan yang dapat kita gunakan untuk menggantikan perkataan ilmu ini ialah pengetahuan. Pengetahuan ini mempunyai maksud yang sama dengan ilmu iaitu kefahaman manusia berkaitan dengan sesuatu perkara. Pengetahuan ini juga dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan manusia sejagat.
Sebelum sesuatu perkara itu dianggap sebagai ilmu atau pengetahuan ianya akan dikaji terlebih dahulu.

Seorang sarjawan Islam yang terkenal yakni Syed Naquib ada menerangkan. Syed Muhammad Naquib Al Atas menerangkan pengetahuan adalah sesuatu yang sampai ke dalam diri insan dan ianya memberikan makna dalam kehidupan mereka. Seorang profesor yang terkenal dari Indonesia juga ada memberikan pendapat beliau mengenai pengetahuan. Beliau mengatakan pengetahuan ini ialah sesuatu perkara yang sampai ke dalam diri seseorang. Yang mana sebelumnya mereka tidak mengetahui akan perkara tersebut tetapi akhirnya mempunyai pengetahuan dalam hal itu.
Ahli falsafah Socrates pula berkata pengetahuan adalah suatu pengetahuan yang benar. Plato pula merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pula mengkatakan pengetahuan adalah pengetahun yang tepat. Kong Fu Zie (Confucius) kata pula pengetahuan adalah suatu pengalaman yang pasti.
Guru Nanak ialah pengasas bagi agama Sikhisme di India. Guru Nanak pula kata pengetahuan adalah amalan yang bermakna dan berguna. Imam al Ghazali pula ialah ulamak tasawuf yang terkenal dalam agama Islam. Beliau menjelaskan pengetahuan adalah pengetahuan yang sistematik, benar dan meyakinkan. Itulah sedikit tentang pentakrifan pengetahuan yang daripada pelbagai ilmuan.
Mengikhlaskan Niat Dalam Menuntut Ilmu
Inilah adab menuntut ilmu yang pertama. Dalam hidup ini apa pun yang kita lakukan kita seharusnya mempunyai sifat ikhlas dalam apa pun yang kita lakukan. Ikhlas ini merupakan satu yang sukar didapati. Ianya hanya diketahui oleh Sang Pencipta. Manusia yang lainnya tidak dapat mengetahui keikhlasan kita walaupun pasangan ataupun ibu dan bapa kita.
Pada permulaan bukan semua yang penuntut ilmu mempunyai sifat ikhlas dalam hati mereka. Ini dapat kita lihat pada anak-anak kita yang bersekolah. Kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap terssebut. Kita perlu menetapkan bahawa kita menuntut ilmu ini hanya kerana Allah dan bukan untuk yang selainnya.

Menjauhi Maksiat Dalam Menuntut Ilmu
Maksiat dalam kehidupan kita hari ini tidak dapat dipisahkan. Sudah pasti para penuntut ilmu zaman sekarang tidak terkecuali. Maksiat ini akan menyebabkan hati kita menjadi hitam. Apabila hati dipenuhi dengan bintik-bintik hitam maka kita akan menghadapi kesukaran ketika menuntut ilmu.
Imam Syafie pernah mengadu kepada seseorang yang bernama Waqi’. Beliau mengadu bahawa pada saat itu beliau merasakan hafalannya makin buruk dan hafalan yang lama kian menghilang. Maka Waqi’ berpesan agar Imam Syafie tidak melakukan maksiat. Kerana Allah tidak membenarkan hati yang penuh dengan maksiat menerima ilmu.
Ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharapkan ianya dapat memberikan manfaat pada anda semua.
Baca juga: