2 Adab Berjiran ini akan berkongsi dengan anda semua tenatang adab-adab yang anda semua boleh amalkan kepada jiran-jiran anda.
Jiran tetangga merupakan satu golongan yang mendapat perhatian yang penting didalam setiap institusi masyarakat. Dengan adab yang baik yang ditonjolkan didalam setiap ahli masyarakat didalam kawasan kejirananan adalah asas kepada keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

Islam juga menggariskan panduan kepada setiap muslim untuk sentiasa memuliakan jiran. Kita perlu sentiasa menghormati jiran dan sentiasa berbaik sangka sesama jiran.
Hormat menghormati disini membawa erti mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim. Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran positif kepada jiran tetangga.
Maksud Jiran Dalam Islam
Jiran berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga. Dari segi istilahnya, jiran ialah mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan dengan kampung, daerah malahan yang lebih besar lagi ialah bersebelahan negara.
Kepentingan Adab Berjiran
Kesibukkan mengejar kemewahan membuatkan antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan dan tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi hambar.
Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan perhubungan yang negatif. Keadaan ini pasti akan merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan di kalangan masyarakat.

Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititikberatkan didalam agama Islam. Adab atau ikhlas bermaksud segala sikap, budi, pekerti, perangai, tingkah laku dan tabiat. Islam ada menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi didalam kehidupan berjiran.
Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.
Adab berjiran ini adalah bersandarkan satu hadis Nabi SAW.
“ Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang beriman dengan Allah dan akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya” (Riwayat Muslim)
Hadith diatas membuktikan bahawa betapa pentingnya sikap hormat menghormati dan berbuat baik terhadap jiran tetangga kerana jiran juga mempunyai hak terhadap kita yang menjadi jirannya. Menghormati hak mereka sebagai jiran bukan sahaja mengelak daripada berbicara yang tidak berfaedah yang mana akan menyakiti diri mereka, malahan hendaklah bersabar atas kelakuan yang tidak sesuai.

Jiran yang baik tidak akan mendiamkan diri malah akan menegur secara baik dan toleransi. Semangat kejiranan akan dapat dipupuk dengan baik jika perhubungan dua hala antara sesama jiran berjalan dengan baik.
Tidak Membuka Aib Jiran Adalah Adab Berjiran
Masyarakat kita pada hari ini sangat terkenal dengan trend mencari aib dan menyebarkannya kepada orang lain. Sedangkan inilah bahagian daripada adab berjiran.
Semua manusia pernah melakukan kesilapan dan pernah bertengkar. Apa salahnya jika perkara mengaibkan tersebut, jika tidak diuar-uarkan sendiri oleh pelakunya atau tidak melibatkan urusan yang besar, kita jaga dan tutup perkara tersebut supaya tidak tersebar. Aib kita juga dijaga rapi oleh Allah SWT supaya tiada siapa yang tahu.
Ini seperti yang dirakamkan di dalam satu hadis, riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba itu, menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah yang menutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Muslim -2590 dalam sahih-nya)
Menjaga Keselamatan Mereka Termasuk Dalam Adab Berjiran

Di dalam sistem kemasyarakatan, menjaga keselamatan anak-anak dan harta benda orang lain merupakan tanggungjawab bersama yang sama-sama kita cuba laksanakan. Jika sebagai masyarakat juga kita wajib memelihara keselamatan anak-anak kecil, apatah lagi jika jiran sebelah rumah kita, yang dekat dan kita kenal antara satu sama lain.
Musim perayaan merupakan antara masa-masa yang amat penting untuk kita menolong jiran-jiran kita. Ada diantara mereka yang akan pulang ke kampung, maka kita boleh menolong dengan menjaga rumah mereka. Sekurang-kurangnya ianya akan mengelakkan daripada kejadian merompak.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.
Baca juga:
2 thoughts on “2 Adab Berjiran”
Pingback: 3 Cara Memberi Nasihat Kepada Kawan - Baitul Taaruf
Pingback: Adab Berjiran Yang Semakin Dilupakan - My Blog