Kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita. Tapi takde pulak dia tunjuk yang dia suka atau kita je yang perasan? hihi. Atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal. So, hari ni aku nak share sikit. Kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke? Jom baca apa yang aku nak rungkaikan!
1. Tanda lelaki suka kita, bila memandang, rasa jatuh cinta
Manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka. Even kita ni nerd atau pemalu yang amat, usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh. Kan kan? Hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot. Tipu lah! So kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu, you better watch out. Sama ada dia tak puas hati atau dia suka. Hahaha. dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita, dia akan cepat cepat pandang lain. Ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan.
2. Tanda lelaki suka kita, cara layanan yang punyai kelainan dari orang lain
Lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar. Sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita. So kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik, ada sebab lettew. Tapi bila ada laki lain buli korang, dia akan protect korang.
3. Tanda lelaki suka kita, sanggup membantu kita dikala memerlukan
Diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong. Atau bagi apa je yang kita mintak. Even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun, kalau kita yang mintak, Insyaallah dapat. Haha.
4. Tanda lelaki suka kita, Beria menafikan, dalam hati mahu
Tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua. Dan di saat kita beria ia menafikan, si lelaki tu boleh buat ilek je. Buat tak tahu macam tak ada apa apa. Atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je.
5. Tanda lelaki suka kita, Berusaha untuk tidak berkawan dengan orang lain
Si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain. So kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain, atau ape je lah.
6. Tanda lelaki suka kita, Tanya perkembangan
Bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana, dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.
7. Tanda lelaki suka kita, Sanggup memalukan diri untuk anda
Mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.
8. Tanda lelaki suka kita, Suka buat lawak dengan kita
Selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa.
9. Tanda lelaki suka kita, Rasa tercabar
Bila korang kutuk dia depan lelaki lain, dia akan jadi sangat marah. Tapi dia tak akan sergah korang, dia just diam and bagi jelingan maut je. Chewahh..tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.
10. Tanda lelaki suka kita, Suka lihat dari jauh
Selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la, dia mesti akan tengok korang balik dari jauh. Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha
11. Tanda lelaki suka kita, Cemburu
Bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka, dia akan diam je. Ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu.
12. Tanda lelaki suka kita, Mengelak dari mengaku suka kita
Last, bukti kukuh lelaki tu suka korang, bila dah terkantoi yang dia suka anda, dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda. Bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik. Bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je. Dah sah la tu. Tapi jangan confuse pulak. Ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia. Hahaha.